View: 1982|Reply: 7
|
Kakak Durjana Jual Adik-adik Kepada Kumpulan Penjenayah
[Copy link]
|
|
Polis menyelamatkan dua remaja perempuan selepas dijual kakak mereka kepada dua kumpulan penjenayah berbeza.
Memetik Mirror, remaja Romania berusia 16 dan 17 tahun terbabit lari dari rumah untuk tinggal bersama kakak dan abang ipar mereka.
Malangnya, remaja berusia 16 tahun itu dirogol abang iparnya sebelum dia dan isteri merancang untuk menjual kedua-dua mangsa, lapor media tempatan Sepanyol.
Kedua-dua mangsa dijual pada harga 10,000 Euro (RM48,433) seorang kepada dua geng berbeza di wilayah Valladolid dan Zamora, Sepanyol.
Satu operasi polis membawa kepada penemuan mangsa menyebabkan tujuh individu ditahan.
Siasatan bermula pada November 2017 apabila polis menerima aduan mengenai tindakan seorang penduduk bandar Zamora yang menjual dua remaja perempuan kepada kumpulan penjenayah di kawasan berhampiran.
Menurut laporan, mangsa berusia 17 tahun ditemui dalam keadaan lemah dan kesihatannya tidak baik, sementara adiknya mendakwa dia dirogol abang iparnya.
Foto: CEN/Mirror
Polis menyerbu dua premis dalam satu operasi dan menangkap tujuh individu, manakala mangsa dihantar ke sebuah pusat jagaan bagi mendapatkan sokongan bantuan daripada pakar. - CARI
|
|
|
|
|
|
|
|
Kejinya manusia jenis macamni. Sanggup buat macamtu kat darah daging sendiri.
Babi ipar dengan si kakak babi tu dua-dua sama keji.
Semoga mereput dalam penjara! |
|
|
|
|
|
|
|
Hanat bagero kakak x guna. Sila mampos cpt kak |
|
|
|
|
|
|
|
Zaman sekarang adik beradik pun belum tentu boleh membantu nak menjahanamkan lagi ramai |
|
|
|
|
|
|
|
Yg p lari dr rumah tu pasai apa plak? Ingtkan slmt duk ngan kaka sndri rupenye... |
|
|
|
|
|
|
|
Lari dari mulut rimau masuk mulut buaya dan terus ke perut naga |
|
|
|
|
|
|
|
Jual jugak kakaknye kat perogol bersiri |
|
|
|
|
|
|
|
Sialnya perangai akak sengkek ini |
|
|
|
|
|
|
| |
|