View: 3720|Reply: 20
|
'Shudu Gram' Model Berkulit Gelap Cetus Polemik Di Instagram - Tapi Followernya
[Copy link]
|
|
Ribuan model atau mereka yang berbakat dalam dunia modeling berlumba-lumba memaparkan gaya hidup mereka di media sosial, dengan pelbagai alasan.
Ada yang mahu jadi ‘insta famous’ malahan ada pula yang berharap akan disuntik oleh agensi model nanti.
Shudu mencuri hati ramai pengikutnya dek kulitnya yang cantik sempurna
Namun Shudu Gram nyata mendahului harapan gadis lain kerana ia menjadi fenomena dek kerana kulit gelapnya yang sungguh sempurna. Laman Instagramnya juga mendapat 64 ribu follower biarpun baru 19 gambar sahaja diletakkan di media sosial.
Ia dipotretkan oleh jurugambar British, Cameron James Wilson, 28 yang bertanggungjawab mencipta imej gadis ciptaannya.
Bagi Wilson, ia adalah fantasi dan inspirasi baginya dan ia relevan di zaman sekarang
Ya! Anda tak salah baca, Shudu Gram adalah watak ciptaan yang diilhamkan menerusi imej 3D setelah Wilson mempelajarinya menerusi Youtube.
“Shudu mewakili kecantikan yang jarang-jarang dijumpai, malahan ramai yang bertanya, kenapa dia begitu cantik?”
Bagi Wilson, dia mencipta Shudu kerana mahu menyampaikan mesej dan menghargai bakat tidak mengira perbezaan warna kulit.
Namun pendapatnya mendapat kecaman dari ramai pihak kerana dia yang berkulit putih tapi mencipta karektor berkulit gelap seolah-olah mengambil kesempatan dan menindas orang kulit hitam.
Namun bagi Wilson, Shudu yang juga model digital pertama di dunia ini bukan sekadar model komersial, tapi melebihi dari itu, mewakili wanita dan lelaki Afrika di luar sana dalam bentuk digital.
Jadi, anda yang berbakat tu, boleh lah cuba mencipta model juga, untung-untung mana tau boleh buat insta review. - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
Maknanya pompuan ni x wujud kah? |
|
|
|
|
|
|
|
Original skin tone ke tu...tayah tepek pondesen tebal2 |
|
|
|
|
|
|
|
kulit sheols cantik walaupun gelap... |
|
|
|
|
|
|
|
shudu gram=sudu garam?? |
|
|
|
|
|
|
|
digital character rupanya... |
|
|
|
|
|
|
|
berharap akan disuntik oleh agensi model
Agensi model dah macam klinik pula, main suntik suntik
Tapi choppp, sheols ni sebenarnya tak wujud la kan?
Tapi cantik gilerrrrrr |
|
|
|
|
|
|
|
lohh.. ingat orang betol.. patut la berkilat.. |
|
|
|
|
|
|
|
org yg berkulit gelap ni untung sbb kulit nmpk bersih jer... |
|
|
|
|
|
|
|
Gambar hasil dari digital art selalunya cantik |
|
|
|
|
|
|
|
3D jah.. Tp kalau cr betul2 boleh je jumpa kat South Sudan sane.. |
|
|
|
|
|
|
|
Wooo meols ingtkan sheols ni manusia betol... |
|
|
|
|
|
|
|
tak sangka watak 3d. sbb cantik sgt |
|
|
|
|
|
|
|
lorrr mcm org betul......
tapi kan akak perasan, black people ni ummah sentap semedang....... langsung x boleh cuit |
|
|
|
|
|
|
| |
|