CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10856|Reply: 102

[Tempatan] Selangor Dalam Gerhana: Cuckoo Bina Kilang Penapis Air di Klang

  [Copy link]
Post time 9-3-2018 09:28 AM | Show all posts |Read mode
http://www.astroawani.com/berita ... -di-malaysia-169970

SEOUL: Pengeluar penapis air terkenal, Cuckoo International Malaysia Sdn Bhd bakal membuka kilang di Malaysia tahun hadapan dengan menyasarkan lebih 20,000 peluang pekerjaan kepada warga tempatan.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Hoe Kian Choon berkata, kilang pertama Cuckoo di rantau Asia itu akan dibina di sebuah kawasan Pelabuhan Klang, Selangor dengan kos RM100 juta.

Hoe berkata, keputusan ini diambil bagi menampung jualan produk yang semakin meningkat di rantau ini termasuk periuk serbaguna dan penapis udara Cuckoo.

“Ia juga bertujuan untuk memberi balik kepada rakyat Malaysia yang menyokong produk itu,” jelasnya dalam satu temubual ketika lawatan media ke Korea Selatan dari 4 hingga 10 Mac sempena ulang tahun ke-40 produk perkakasan rumah terkemuka itu.
Hoe menjelaskan bahawa dalam jangka masa tiga tahun sejak penubuhan Cuckoo Malaysia pada 2014, ia berjaya merekodkan 300,000 pelanggan.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Cuckoo Korea Selatan, Brian Koo Bon Hak optimis bahawa Cuckoo akan terus mempertingkatkan kehadirannya di pasaran luar negara.

Brian juga berkata, antara strategi jangka masa panjang adalah mengembangkan sayap ke Vietnam, India dan Indonesia pada tahun ini.

“Hasil jualan pendapatan eksport dijangka memberikan pulangan tahunan sebanyak AS$150 juta bagi tahun ini dan AS$1 bilion pendapatan global dalam tempoh lima tahun akan datang,” katanya.

Sambutan ulangtahun Cuckoo yang ke-40 diadakan di Seoul Dragon City, dan dihadiri 526 peserta termasuk kakitangan Cuckoo Malaysia dan wakil media dari Korea Selatan, Malaysia, Brunei, Singapura dan Indonesia.

Media diberi peluang untuk melihat penapis air beralkali ringan terbaru Cuckoo-Prince Top yang menampilkan sistem pensterilan elektrolisis yang mampu memberikan air panas dan sejuk tanpa tangki.

Di majlis sama, Cuckoo turut memperkenalkan penyanyi dan pelakon terkenal negara itu, Lee Seung-gi sebagai duta jenama antarabangsanya yang terbaharu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-3-2018 09:54 AM From the mobile phone | Show all posts
cuckoo dgn coway..which better?
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2018 09:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa tak buat di negeri BN?
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2018 10:02 AM | Show all posts
Ada baru lagi? Okay lah ada coway, tak perlu jerang air. Tapi hot water tu takde lah panas menggelegak.
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2018 10:02 AM From the mobile phone | Show all posts
multinicky replied at 9-3-2018 09:54 AM
cuckoo dgn coway..which better?

sama je dua2.
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2018 10:18 AM | Show all posts
multinicky replied at 9-3-2018 09:54 AM
cuckoo dgn coway..which better?

baru je nak tanya.. sama dengan air filter..mana lagi elok.. cuckoo or coway?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-3-2018 10:19 AM | Show all posts
harap buat kat Westport laa...leh berjiran dgn IKEA  
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2018 10:24 AM | Show all posts
prettyuglybabe replied at 9-3-2018 10:18 AM
baru je nak tanya.. sama dengan air filter..mana lagi elok.. cuckoo or coway?

budak2 cowey kata cuckoo filter tk original hehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-3-2018 10:27 AM | Show all posts
goyangpinggung replied at 9-3-2018 10:24 AM
budak2 cowey kata cuckoo filter tk original hehe

tak original cam mana tu ye?
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2018 10:28 AM | Show all posts
Cuckoo ada bunyi.Malam malam boleh bikin seram
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2018 10:30 AM From the mobile phone | Show all posts
nadna replied at 9-3-2018 10:28 AM
Cuckoo ada bunyi.Malam malam boleh bikin seram

Bunyi ala2 mengilai ke sis?
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2018 10:32 AM | Show all posts
cap_ayam replied at 9-3-2018 10:30 AM
Bunyi ala2 mengilai ke sis?

Bunyi bagitau jam pukul berapa,bunyi bagitau hot water,cold water
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2018 10:34 AM From the mobile phone | Show all posts
nadna replied at 9-3-2018 10:32 AM
Bunyi bagitau jam pukul berapa,bunyi bagitau hot water,cold water

Oh gitu.. ok ok
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2018 10:41 AM From the mobile phone | Show all posts
TuntungReturn replied at 9-3-2018 10:02 AM
sama je dua2.

ye ke.. klu cuckoo buat kilang dkt sini rasenye hrg die blh turun x... meols tgk mcm cuckoo murah skit dr coway.. coway plak servis bagus khen..
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2018 10:42 AM From the mobile phone | Show all posts
prettyuglybabe replied at 9-3-2018 10:18 AM
baru je nak tanya.. sama dengan air filter..mana lagi elok.. cuckoo or coway?

tu la . meols pon xtaw..tp ad forumer bg taw dkt ats same je..
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2018 11:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Dua2 ni mcm air alkali ker..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-3-2018 12:17 PM | Show all posts
multinicky replied at 9-3-2018 10:42 AM
tu la . meols pon xtaw..tp ad forumer bg taw dkt ats same je..

i prefer cuckoo
coway mudah dimasuki serangga kecil spt semut, lipas lom penah nampak lagi la tp kan ke baru ni ada kes penampakan cicak dlm tu kan?
ada sape2 boleh sahkan tak
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2018 12:25 PM | Show all posts
sama je

tp design cuckoo comei sikit kot
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2018 12:59 PM From the mobile phone | Show all posts
halimunah replied at 9-3-2018 12:17 PM
i prefer cuckoo
coway mudah dimasuki serangga kecil spt semut, lipas lom penah nampak lagi la tp  ...

brp eak permonth cuckoo dgn contract brp tahun??
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2018 01:51 PM | Show all posts
aku guna elken
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 05:34 AM GMT+8 , Processed in 0.472726 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list