|
|
Taiwan, bila disebut mungkin namanya tidak asing namun bagaimana pula di kalangan para pelancong?
Ia bukanlah pilihan ramai pengunjung berbanding negara Asia lain, maklumlah dengan keadaan pulaunya yang agak kecil menyukarkan pelancong memanjangkan langkah - namun ia tetap cantik hingga digelar Formosa (pulau cantik).
Ada satu lagi gelaran iaitu Rahsia Terulung Yang Terselindung di Asia oleh National Geographic Traveler membuatkan ia menjadi dambaan para jurugambar bebas untuk merakamkan keindahan alam.
Menerusi lensa jurugambar bebas, Andrew, ada 8 lokasi cantik yang seharusnya dipotretkan sebagai catitan hebat Taiwan.

1) Laomei Coastal Park
Batu-batu di tepi pantai ini dipengaruhi oleh lava yang datang dari lautan dalam. Kini ia adalah tarikan pelancong terutamanya musim luruh iaitu lumut memenuhi semua batuan di sana.

2) Xindian District, Taipei
Bandar yang sangat cantik pemandangannya dari atas dengan jambatan gantung merentasi sungai yang lebar.

3) Nanya Rock Formation
Struktur batuan yang sangat unik untuk dipotretkan. Ada 3 susunan batuan yang menjadi tumpuan kaki jalan. Yang seronoknya tiada sebarang yuran dikenakan.

4) Ming Chi Forest Park
Hutan dara yang masih terpelihara.

5) Baoduozi Coastal Park, Keelung
Pemandangan ombak yang sangat menakjubkan. Jika anda berada seharian di sini, pasti dapat melihat keajaibannya.

6) Bali District, New Taipei City
Bukan Bali di Indonesia ya, tapi di Taipei dan ia telah wujud lama sejak zaman Dinasti Qing.

7) Lensa Taipe dari kuil
Ia lawatan yang berbaloi kerana anda akan melihat Taipei secara keseluruhan dari sini.
Semua foto: carian internet
8) Penunggang basikal di Ximen
Sama ada penunggang basikal atau motosikal, pasti ada yang mencuit nilai kemanusiaan seperti foto ini.
Syurga jurugambar, tapi kita pun ada 'telefon pintar' yang gambarnya pun meletup juga kan? Jom ke Taipei. - CARI
|
|