Setiap orang bergelar wanita pasti tidak terlepas daripada menggunakan lipstik. Hanya segelintir sahaja yang tidak berminat dengannya. Malah, ada juga segelintir lelaki yang gemar mencalitkannya di bibir sendiri.
Tetapi tahukah anda, warna lipstik tertentu juga boleh menunjukkan sifat dan keperibadian anda. Ingin tahu lebih lanjut? Mari baca artikel yang dipetik dari Vemale.com ini.
Antara warna yang sering menjadi pilihan adalah:
1) Merah
Foto: Modamilyon.com
Ya! Warna ini pasti menarik perhatian ramai. Mana tidaknya, warna merah juga membawa maksud berani. Maka tidak hairanlah jika si pemakai juga akan lebih terserlah dengan memakai warna ini.
Selain daripada bermaksud berani, ia juga menunjukkan anda seorang yang bersemangat dan kreatif. Bukan itu sahaja, ia juga dikaitkan dengan kepercayaan diri dalam prestasi kerja iaitu berani mengambil risiko, sekali gus mengekalkan prestasi kerja yang bagus.
Eh, nak tanya ni. Betulkah anda suka berswafoto dan kerap memuat naik gambar ke laman sosial?
2) Merah muda
Foto: Meylisa.com
Selain dari warna merah, warna merah muda juga sering menjadi pilihan ramai. Bagi yang memilih warna ini, anda seorang yang sangat mudah bergaul dengan orang lain. Ia juga sangat sesuai dikenakan jika mahu bertemu dengan orang baru dalam keadaan yang santai.
3) Ungu gelap
Foto: Journal.sociolla.com
Tak ramai menggemari warna ini melekap di bibir mereka. Tak seperti warnanya yang nampak agak garang, warna ini sebenarnya menunjukkan anda seorang yang boleh berdikari selain berkeperibadian lembut dan suka memerap di rumah sahaja pada waktu cuti serta kurang gemar berswafoto. Warna ini juga membawa kepada penampilan matang dan profesional.
4) Warna nude
Foto: Upcoming.nl
Cuba lihat mereka yang mengenakan warna ini. Betul tak mereka akan bagi perhatian kepada anda jika berbicara? Mereka juga mudah didekati dan selesa bersama kerana peminat warna ini selalunya bersifat terbuka dan mengambil berat.
Warna ini sangat sesuai untuk melakukan aktiviti seharian anda kerana nampak seperti membawa karakter yang manis dan cantik.
Tapi, harus diingat! Jangan pula anda cepat menilai keperibadian seseorang dengan hanya melihat warna lipstik mereka. Mungkin juga pemilihan warna bergantung pada mood atau sesuatu peristiwa. - CARI |