View: 5480|Reply: 46
|
[Tempatan]
Ranking Jatuh Lagi, TMJ Letak Jawatan.
[Copy link]
|
|
Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengumumkan meletak jawatan sebagai presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
Pengumuman mengejutkan itu dibuat di laman Facebook Johor Southern Tigers pada Khamis malam.
Berdasarkan postingnya yang bertajuk ‘Sejarah Tercipta, Sudah Tiba Masanya’ itu, peletakan jawatannya dibuat susulan kedudukan skuad kebangsaan yang jatuh tiga anak tangga dan beliau menganggapnya sebagai satu kegagalan besar.
"Baru-baru ini ranking pasukan kebangsaan telah jatuh tiga anak tangga dan ini merupakan satu kegagalan yang amat besar!
"Oleh itu, saya rasa Presiden FAM harus letak jawatan. Terima kasih untuk segala galanya dan ia telah menjadi satu penghormatan untuk berkhidmat kepada bola sepak Malaysia. Selamat maju jaya," tulisnya pada posting tersebut.
Beliau turut mendedikasikan ucapan kepada seluruh penyokong bola sepak Johor Darul Ta'zim (JDT) dan isteri serta anaknya dengan menulis: "Daddy's home!"
Menurut TMJ sepanjang memegang jawatan tersebut beliau telah memperbetulkan struktur bola sepak tanah air, menarik para penaja untuk menyumbang dana kepada bola sepak negara dan menyediakan pelan jangka panjang seperti melakukan kerjasama bersama La Liga.
"Saya juga telah memperjuangkan hak penyiaran untuk kesemua pasukan bertanding di Liga Malaysia bagi meningkatkan kestabilan kewangan.
"Ini adalah satu sejarah dalam bola sepak tanah air apabila buat pertama kalinya setiap pasukan bertanding telah menerima sebanyak RM1 juta hingga RM3 juta setahun untuk wang hak penyiaran yang mana setiap pasukan tidak lagi menggunakan duit rakyat daripada kerajaan," kata beliau.
Tambahnya lagi, skuad Bawah 23 (B23), B19 dan B16 telah berjaya melakar sejarah buat pertama kali apabila berjaya mewakili negara dalam pertandingan peringkat tertinggi di Asia.
|
|
|
|
|
|
|
|
Kena bawak masok pak itam aprika banyak2, lepas tu bagi taraf bumiputra, baru kita ada pool pemain2 yg banyak dan meluas - ni satu cara nak tingkatkan mutu bolasepak kita lah |
|
|
|
|
|
|
|
Klau tmj pon xbjaya, xboleh imejin org lain boleh ke x angkat pasukan malaysia |
|
|
|
|
|
|
|
Jujurnya tmj balik jelah jaga jdt 2..jdt tu pon cam merudum lepas tmj lepaskan pada tta..bawak jelah jdt naik ke international cam dulu2.. |
|
|
|
|
|
|
|
ermmmm...jaga JDT je laa.... |
|
|
|
|
|
|
|
sukan bola sakai...buang duit buang masa.... genetik org malaysia xboleh forward dah dengan bola sakai... |
|
|
|
|
|
|
|
perlukan keajaiban kenabian...
|
|
|
|
|
|
|
|
so shafiq rahim bersara balik? |
|
|
|
|
|
|
|
yeayyyy.....nuar musang blh la masuk bertanding blk |
|
|
|
|
|
|
|
dulu2 bukan main serang fam, tak sampai setahun dah lepas jawatan ? |
|
|
|
|
|
|
|
Pendapat aku la... mana2 yg suka bolasepak dlm negara berharap agar TMJ boleh jadi presiden bola dia org. Bolasepak moden perlu duit yg banyak.
Bg aku dia ok apa. Daripada org lain yg tak tau apa kepentingannya. Nak lantik sapa lepas nih. Nuar musa?
|
|
|
|
|
|
|
|
come on TMJ, kenapa cepat naw give up? at least pegang 3 yrs..sebab mana boleh kita expect peningkatan mendadak. n jangan campur adukkan antara JDT n skuad Malaysia. |
|
|
|
|
|
|
|
Bubar jelah pasukan Bola taik ayam ni..poyo n eksyen je lebih ..menghabiskan dana je salur duit kat dorg..pasal kekonon fanatik bola la walaupun kaki bangku sukan2 lain yg lagi mendunia kat malaysia ni terabai |
|
|
|
|
|
|
|
Mesia bukan takde player baik2 .. tapi kelab2 yg banyak duit termasok jdt ni pengap dan tak bagi main utk national team . |
|
|
|
|
|
|
|
banyak nau drama.
carik la presiden yang matang n professional sket. |
|
|
|
|
|
|
|
capiloton replied at 16-3-2018 09:54 AM
banyak nau drama.
carik la presiden yang matang n professional sket.
Aku rasa letak presiden dari langit pun tak mampu buat apa2 selagi kelab2 punya kuasa mutlak . Yg sepatutnya kerabat2 diraja ini jauhkan diri dari urusan bolasepak . Ia sepatiuutnya berjalan secara profesional dgn tujuan menaikkan nama negara . |
|
|
|
|
|
|
|
Tapayana replied at 16-3-2018 08:48 AM
dulu2 bukan main serang fam, tak sampai setahun dah lepas jawatan ?
Dah letak jawatan nanti boleh serang FAM balik |
|
|
|
|
|
|
|
@peYno where are youss?
Kami perlukan laharan peyno kahkahkah |
|
|
|
|
|
|
| |
|