Kalau dah popular, mesti ada sahaja mata-mata berahi yang memandang. Lelaki kalau tak boleh kawal diri beginilah kelakuannya. Gangguan seksual bukan sahaja berlaku terhadap wanita yang sering mendedahkan aurat, wanita bertudung litup pun boleh menjadi mangsa.
Yuna, baru-baru ini telah membuat aduan kepada Instagram kerana sering diserang dengan gangguan seksual oleh lelaki gila seks! Yuna dilihat menggunakan akaun Twitter miliknya untuk mendapatkan perhatian daripada akaun rasmi Instagram.
Dia meminta bantuan itu selepas menerima gangguan seksual di laman sosial berkenaan sejak setengah tahun lalu. Walaupun telah melakukan langkah-langkah yang ditetapkan untuk mengakhiri gangguan tersebut, namun kejadian sama tetap belaku.
"Instagram, tolong bantu saya menamatkan gangguan seksual atas talian ini! Adakah terdapat emel yang boleh saya hantar foto atau tangkap layar mengenai gangguan ini?
"Saya sudah melaksanakan langkah-langkah yang dinyatakan, tetapi pemangsa ini masih kembali!” tulis Yuna.
Sementara itu, Yuna atau nama sebenarnya Yunalis Zarai, 32, juga mendakwa gangguan seksual melalui komen yang diterimanya dihantar individu sama.
Menurutnya, walaupun telah disekat lebih 10 kali, individu tersebut akan membuka akaun palsu yang baharu untuk menganggunya.
Sumber foto: ELLE Malaysia
"Individu sama mengganggu saya dan meninggalkan komen seksual yang menjijikkan. Saya sudah melaporkan akaun tersebut, namun dia terus kembali dengan akaun yang baru. Tolong bantu, saya sudah menyekat dia 10 kali," ujarnya.
Siapalah yang suka sangat mengganggu Yuna tu? Semoga masalah Yuna ini dapat diselesaikan segera dan meneruskan hidup dengan aman. - CARI |