CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2895|Reply: 10

11 Destinasi Yang Harus Anda Lawati - Sekurang-Kurangnya Sekali Seumur Hidup

[Copy link]
Post time 20-3-2018 02:41 PM | Show all posts |Read mode
Apa ‘wishlist’ lokasi yang anda ingin lawati?
Paris, kota cinta?
Iceland, sejuk dan menyamankan?
Asia yang menakjubkan?

Jika anda benar-benar kaki jalan dan pastinya ada ‘RM lebih’, jangan lepaskan peluang untuk mengunjungi 11 negara yang disenaraikan popular oleh Pinterest ini.

Bermula dengan kesibukan di bandar besar hinggalah kepada pasar raya berwarna-warni di Marrakesh, Morocco, gambar-gambar ini pastinya membuatkan anda tidak sabar untuk ke sana.  

11. New York City, New York, USA

Pernah menonton drama bersiri CSI-New York atau apa sahaja yang berlatar belakangkan bandar sibuk Amerika Syarikat? Mahu merasai kesibukan warga US dengan berjalan di sekitarnya? Ya, anda harus merancang ke sana. Malahan 'billboard' Yuna pernah terpampang di skrin gergasi Times New York.

10. Milford Sound, Fiordland National Park, New Zealand

Pemandangan menakjubkan. Kaki jalan harus sampai ke sini.
9. Cape Town, South Africa

Hutan menghijau, binatang-binatang liar yang berkeliaran dan pemandangan saujana mata memandang sangat sinonim dengan Afrika Selatan. Cape Town bandar yang harus di lawati - kaya dengan khazanah alam seperti pantai yang membiru, bunga-bunga yang berwarna –warni , hidangan makanan yang lazat dan juga penguin yang jalan terkedek-kedek dengan comelnya.

8. Marrakesh, Morocco


- Teruja dengan seni binaIslam mengagumkan? Anda harus ke Marrakesh, Morocco yang kaya dengan bazar sehinggalah bandarnya berwarna biru.


Ia adalah sebuah tempat yang pasti akan membuatkan anda teringin untuk explore sebaik sahaja anda berada di sana.


7. Lisbon, Portugal


Sinonim dengan penjajah. Ya! Portugal sangat padat dengan tapak-tapak bersejarah. Unik dan berbeza jika anda cuba travel 30 minit daripada sesuatu tempat ke tempat lain, mesti anda akan merasa seperti berada di negara lain pula.
Sangat sesuai untuk anda yang menyukai sejarah.

6. Port Fairy, Victoria, Australia

Berjalan di sini sahaja pun dah boleh lupakan masalah. Belum masuk dengan pelbagai aktiviti yang diadakan di sini. Untunglah bagi siapa yang pernah sampai.



5. Kyoto, Japan

Orang tempatan di sini pernah berkata “The Heart of Japan is Kyoto and The Heart of Kyoto is Kiyomizu Dera”. Wow. Nampak sangat kena wajib pergi ni.
4. Havasu Falls, Grand Canyon, Arizona, USA

Apa lagi yang dicari setelah penat meneroka dunia, hanya dengan berlunjur kaki menatap keindahan air terjun yang menakjubkan.


3. Hanoi, Vietnam


Hanoi yang sudah berusia lebih 1,000 tahun ini kaya dengan peninggalan sejarah seperti kuil purba, teater unik, hutan belantara menakjubkan dan keseronokan di ibu kota Vietnam ini.

2. Musha Cay Island, Bahamas

Kaki 'diving' sila ke sini. Susah nak cakap tapi anda akan merasai sendiri nikmat tersebut.

1. Positano, Campania, Itali

Semua foto: Carian internet/pinterest


Menduduki tempat pertama ialah Itali - dengan keajaiban pulau, laut dan langit bersatu membiru. Asyiknya.

Bersedia untuk berjalan dan meneroka keindahan dunia? Jom. - CARI

Kredit : Pinterest
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-3-2018 03:05 PM | Show all posts
3 dlm senarai aku dah smp. Yg lain2 tu, blm rasa nak gi lg. Ada tempat lg best dlm kepala aku yg wajib visit.
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2018 03:08 PM | Show all posts
cantiknye.........................
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2018 03:26 PM | Show all posts
Betul tu banyak je destinasi lain yang tak kurang menariknya.  Tapi dari list tu Cape Town dan Bahamas je lum sampai lagi.  Harap kawasan peranginan dia dah ok selepas kena taufan aritu.
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2018 12:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau la iols ada kuasa teleporter...
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2018 08:29 AM | Show all posts
4 dlm list tu dah sampai. Yg lain2 tu belum lagi.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-3-2018 08:52 AM | Show all posts
3 dh sampai.. insyaAllah thn ni yg ke 4
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2018 11:16 AM | Show all posts
ingatkan mekah ada dlm list
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-3-2018 11:23 AM | Show all posts
satu pon belum sampai lagi  huhu
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2018 11:44 PM | Show all posts
dlm list ni kyoto japan je yg pernah sampai.....
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2018 10:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Cantik gila! Insyallah nk pegi semua
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-3-2024 01:17 PM GMT+8 , Processed in 0.810640 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list