Seorang lelaki didakwa kerana tergamak mendera dan menodai dua anak tirinya dalam tempoh empat tahun dan memiliki lapan orang anak hasil daripada perbuatan terkutuknya itu.
Foto: New York Daily News
Suspek yang tidak dinamakan itu (bagi tujuan melindungi mangsa) bagaimanapun, menafikan merogol kedua-dua mangsa berulang kali ketika mereka berusia bawah 15 tahun antara 2005 dan 2008.
Sementara itu, New York Daily News melaporkan penderaan seksual itu bermula selepas lelaki berkenaan berkahwin dengan ibu mangsa dan berpindah ke daerah Queens dari Florida di mana dia pernah dipenjarakan selama 10 tahun kerana membunuh.
Menurut pihak pendakwa, tertuduh mula menyentuh anak-anaknya selepas ibu mangsa mengalami strok dan dimasukkan ke hospital hampir setahun.
Bapa tiri durjana itu gagal membuktikan bahawa mangsa rela disetubuhi walaupun ibu mangsa memberi keterangan bagi pihaknya bahawa dia tidak pernah melihat perbuatan terkutuk suaminya.
Penderaan seksual itu berakhir selepas mangsa yang lebih tua tidak tahan diperlakukan sedemikian dan melaporkannya kepada pihak sekolah yang kemudian menghubungi polis bagi tindakan lanjut.
Foto: Mirror
Tertuduh berdepan hukuman penjara 175 tahun atas tujuh pertuduhan rogol. - CARI |