Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan AirAsia Tony Fernandes memohon maaf selepas video kakitangan AirAsia menyebabkan basikal seorang penumpang rosak tular di media sosial.
"Kami adalah sebuah syarikat yang jika kami buat silap, kami akui dan menerimanya. Kami akan jadi lebih baik. Mohon maaf," katanya dalam posting di Facebook hari ini.
Posting itu turut disertakan rakaman video 30 saat, yang memaparkan dua kakitangan sedang mengangkut bagasi dari pesawat di lapangan terbang.
Video yang kelihatan dirakam dari dalam pesawat itu menunjukkan kakitangan yang mengendalikan bagasi terbabit menghumbankannya ke tanah dan ke dalam kenderaan pengangkut.
Pengguna Facebook yang memuat naik video berkenaan mendakwa basikalnya rosak ketika proses memunggah tersebut dilakukan.
"Terima kasih AirAsia, kau pecahkan basikal aku. Ini dirakam ketika kami masih dalam penerbangan AK171 kami dari Kaohsiung ke KLIA2," tulisnya yang turut memuatkan gambar basikal yang rosak.
Fernandes berkata Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Bhd, Riad Asmat, yang juga seorang penunggang basikal akan berhubung dengan penumpang berkenaan dan memastikan tiada kerosakan berlaku.
"Selepas menemui semua kakitangan lelaki dan wanita, saya sangat kecewa. (Kami) akan keluarkan kenyataan untuk meyakinkan semua penunggang basikal, "katanya.
Fernandes kemudian membalas komen seorang pengguna Facebook dengan mengatakan kakitangan berkenaan mungkin berhadapan dengan berat bagasi.
"(Ia) tidak berat tetapi kita melihat ke arah itu. Kami bawa beratus-ratus (basikal). Tapi salah tetap salah," katanya.
lepas ni sapa2 yg naik AA nih, jgn turun awal especially yg duduk dekat area beg2 tu..
ambil jer video jer setiap kali beg di turunkan...
ni yg kebetulan sempat di rakam, yg tak di rakam camna pulak?
Untunglah tiap2 hari kerja ala2 free gym gitu angkat2 barang camtu. Siap kena bayar lagi. Org lain pegi gym kena bayar. Kalau dah malas camtu baik tido di rumah jah tunggu maut menjemput sudah.
Kan dah kantoi., nasib Mr Tony dah mintak maaf, Time cuti sekolah cuti/panjang macam sekarang ni selalu je ada kes bag atau barangan yang jadi mangsa. Bila bag dah bertimbun mana tak letih memasing mula ler sop pun kelaut. Sebab tu jangan lupa claim untuk dapat ganti rugi dengan airlines juga dengan maycom. Tapi mesti claim dalam masa satu minggu. Lebih pada tu dah tak dilayan.
Post time 22-3-2018 06:35 PMFrom the mobile phone|Show all posts
yang paling bodoh ialah pihak yg ambik mangkuk mangkuk tak beramanah lagi pemalas & takde kualiti kerja untuk bekerja dengan mereka. skop kerja & tujuan ko dibayar gaji adalah untuk MENGANGKAT bagasi dari ruang kargo ke dalam kenderaan bagasi, bukan MENCAMPAK bagidol!
Post time 22-3-2018 06:47 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Edited by 123456 at 22-3-2018 06:48 PM
Kesian abang tony, sampai rayu suruh cium dan sayang bag. Dah bagi 4 hari kerja seminggu pun macam ni jugak. Kena mintak jangan selalu MC pulak. Melayu, melayu
Post time 22-3-2018 07:05 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Terguling guling Tony pa's dia cakap mintak maaf... Xder maknanya dia nak ganti basikal Baru kat ko pon..
Tony majikkan paling ok bab jaga pekerja.. Xmungkin dia nak fire pekerja dia.. Malah tolong kutip staff MAS yg kena buang keja ada lagi la