View: 1221|Reply: 15
|
[Politik]
"Saya macam 'janda' yang ramai peminat" - Ibrahim Ali
[Copy link]
|
|
Ibrahim belum putuskan akan bertanding di kerusi parlimen Pasir Mas atau Rantau Panjang. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali masih berteka-teki sama ada mahu bertanding di kerusi parlimen Pasir Mas atau Rantau Panjang pada Pilihan Raya Umum ke-14 nanti.
Biarpun telah mengesahkan secara rasmi akan bertanding pada PRU14 nanti, Ibrahim masih menungu 'pinangan' dari mana-mana parti.
"Untuk PRU14 ini saya nak umumkan secara rasmi Insyaallah akan bertanding.
"Tengoklah Pasir Mas atau Rantau Panjang. Ada yang mintak saya bertanding di Pasir Mas dan ada yang suruh cuba di rantau Panjang," katanya pada sidang media di ibu pejabat Perkasa di sini hari ini.
Bekas ahli parlimen Pasir Mas itu berkata, beliau lebih berminat untuk bertanding atas tiket parti politik bukan lagi calon bebas.
"Saya berhasrat nak bertanding atas parti politik. Tapi parti mana saya tak boleh jawab sebab kalau ada parti yang masukkan nama saya ke.
"Saya ni macam janda yang ramai peminat jadi saya kena tengok dulu siapa yang minat saya tu.
“Jadi saya nak tengok sama ada agenda yang dibawa itu kena tak dengan jiwa saya," katanya.
Pada PRU13 yang lalu, Ibrahim yang bertanding sebagai calon bebas, tewas kepada calon Pas Nik Abduh Nik Abdul Aziz.
Nik Abduh merupakan anak kepada ikon Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Pada 2008, Ibrahim memenangi kerusi parlimen Pasir Mas atas tiket Pas selepas parti itu memberi beliau laluan untuk menentang calon Barisan Nasional (BN).
Ibrahim mula memenangi kerusi parlimen Pasir Mas pada PRU tahun 1986 atas tiket BN. Ketika PRU tahun 1990, Ibrahim mempertahankan kerusi Pasir Mas atas tiket Semangat 46.
|
|
|
|
|
|
|
|
Duda la..
|
|
|
|
|
|
|
|
Janda kepam. Mereput lah ko di bucu katil. Dalam parti pun masing2 melobi diri sendiri untuk jadi calon. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by MarryPottet at 22-3-2018 06:23 PM
itu jaman tok kaduklah janda ramai peminat. jaman lening suami orang yg ramai peminat & menjadi rebutan
tapi dia ni so dinosaur. takdenya lah hai parti politik teringin nak pinang. buat jadi liabiliti je pada parti |
|
|
|
|
|
|
|
krisis identiti.... x kenal diri sendiri janda ka duda...... |
|
|
|
|
|
|
|
Janda la sgt.. kite tgk laku ke idok... |
|
|
|
|
|
|
|
MarryPottet replied at 22-3-2018 06:20 PM
itu jaman tok kaduklah janda ramai peminat. jaman lening suami orang yg ramai peminat & menjadi rebu ...
Nanti temgok .. ini spesis yg mader suka . Parti bunga la tu . |
|
|
|
|
|
|
|
dess402 replied at 22-3-2018 06:41 PM
Nanti temgok .. ini spesis yg mader suka . Parti bunga la tu .
eloklah tu. biar dia melingkup dengan parti bunga tu sekali |
|
|
|
|
|
|
|
Aduuuhai
Memang orang kelate ni pelik pelik ke perangai nye |
|
|
|
|
|
|
|
finesse replied at 22-3-2018 10:12 AM
Duda la..
sheolls terlepas cakap kot.. lupa nak kaverline.. |
|
|
|
|
|
|
|
Baik mengaku pondan ramai peminat mcm sajat |
|
|
|
|
|
|
|
Perkasam dah terang2 sayap umngok lg mau acah2 rebutan parti lain.
Mentaliti seropa porumer umngok sini je.
Suma gigih acah2 penyokong pas |
|
|
|
|
|
|
|
Janda orang buat geli geli jer , tapi tak ada sapa yang ingin nak buat bini..haha
Perasan betul dia ni. Nak bagi hint supaya parti cap bunga raya sunting dia kot. |
|
|
|
|
|
|
|
Katak si katak lompat |
|
|
|
|
|
|
| |
|