Pengarah Unit Tindakan Khas, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Yusuf Azmi mengesahkan yang dia sudah tidak lagi bersama persatuan tersebut.
Berita Harian Online melaporkan, keputusan tersebut dibuat kerana dirinya bosan dan kecewa dengan pengkhianatan yang dilakukan teman rapat dan mereka yang dibantunya.
Foto: FB Yusuf Azmi
"Saya berasa sangat kecewa sehingga mendorong saya membuat keputusan mengundurkan diri daripada PPIM.
"Fitnah yang dilemparkan terhadap saya sehingga merosakkan imej saya amat memberi kesan, saya tidak boleh terima perkara ini.
"Selain itu, saya keluar daripada PPIM bagi membolehkan saya meluangkan masa bersama keluarga yang selama ini sering saya tinggalkan untuk keluar berjuang bersama PPIM.
"Isu mengenai pergolakan dalaman juga tidak benar sama sekali, saya amat memandang tinggi Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan, jika ada mengatakan wujud perselisihan faham antara individu tertentu, ia kekal sebagai spekulasi sahaja."
Foto: Malaysia Gazette
Selepas ini Yusuf akan memberi fokus kepada program bual bicara berbentuk santai bagi meneruskan perjuangan.
"Selain itu, saya merancang membuka sebuah pusat perlindungan kucing bagi menjaga kucing terbiar dan jika ada yang ingin mengambil untuk dibela, saya berikan percuma.
"Saya tiada rancangan membabitkan diri dalam politik, kalau ada yang berkata demikian, ia tidak benar."
Foto: FB
Menurut sumber lagi, Yusuf dikatakan tidak sehaluan dengan pertubuhan tersebut dalam memperjuangkan nasib pengguna.
Antara kes yang dikendalikan Yusuf sebelum ini adalah serbuan ke atas premis pajakan kereta di Kajang dan isu penipuan skim perumahan selain aktif memperjuangkan gerakan perngai along dan kegiatan penipuan gores dan menang.
Dia juga merupakan Ketua Sekretariat Persatuan Anak Muda Islam Malaysia dan Persatuan Pengguna Semboyan 1Malaysia serta aktif dalam Gerakan Banteras Aktiviti Haram. -CARI
Post time 28-3-2018 11:31 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Apa kes sebenar nya.....Yg akak perasan kes hutang along kena markup sampai 150 k ke apa...lagi ada cctv amik dokumen apa tah ....X faham akak punco....
tipu byk jenis..aku tau maksud ko tu direct kene tipu cam gores dan menang kn..indirect kene tipu pn ade gak mcm byk kes pemaju seleweng deposit rumah.janji siap rumah awal kata xde masalah..last kadg tu umah separuh siap pastu ade masalah..bile nk kene saman dgn pembeli trus hilang kn diri..harap2 ko xde masalah ditipu
kann? mcm sesuatu gituh..sebelum ni ucop bermati matian nak berjuang..diugut..diacu pistol bagai..org jantan ni susah nak menangis..tak bermakna dia hati tisu..maybe dia nangis tu sbb dah tak dpt nak teruskan perjuangan dia kot..
kalu dah org bg offer nak kene letup ngan c4 ke nak kene simen dlm tong atau tembak kat trafiklite.
opkos le dia pilih utk bukak pusat bela kucing kat rumah je.
bekas ketua polis pon serender dgn menteri2 komunis 9 dragon, inikan plak usop ppim.