View: 2439|Reply: 6
|
Cuba Resipi Minyak Bawang Putih, Sedapkan Masakan Anda Di Dapur..
[Copy link]
|
|
Jika anda ingin membuat minyak untuk salad, sayur, daging, atau makanan lain yang akan dimasak memiliki rasa enak, apa kata cuba gunakan minyak bawang putih dalam masakan anda.
Bawang putih adalah bahan yang menyegarkan dan sangat enak bila ditambah dalam masakan. Tambahan pula bawang putih mempunyai cici antioksidan dan lain-lain nutrisi yang baik untuk kesihatan.
Foto: ResepKoki.id
Minyak bawang putih atau dikenali sebagai garlic oil memang sangat berguna bukan sahaja dalam masakan tetapi ia dikatakan mampu merawat merawat selesema ataupun batuk. Bila batuk atau selesema, anda boleh sapukan pada bahagian dada, belakang dan juga tapak kaki dengan kerap.
Baiklah, berbalik pada minyak bawang putih yang digunakan untuk menambah rasa enak dalam masakan kita, apa kata anda cuba buat sendiri minyak ini dan gunakan dalam masakan anda sendiri.
Resipi Minyak Bawang Putih
1. Potong dadu kecil bawang putih yang telah dikupas.
Foto: Vemale.com
2. Panaskan kuali dan masukkan minyak masak. Jangan biarkan minyak terlampau panas. Setelah agak panas, masukkan bawang yang telah dipotong tadi.
(Nota: Jika minyak terlalu panas, bawang putih akan hangit)
3. Kacau bawang yang digoreng dalam minyak sederhana panas tadi perlahan-lahan.
4. Apabila warna bawang putih tadi sudah agak kekuningan, tutup api dan terus pindahkan ke dalam bekas untuk disimpan.
5. Minyak bawang putih anda sudah siap untuk digunakan.
(Nota: Simpan minyak bawang putih anda dibawah suhu bilik)
Foto: Keluarga.my
Selamat mencuba.! - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
Iols.slalu tgk masakan korea depa.suka buat ni
Pastu minyak.daun bawang
Huhu...
Buat rencah mi ke apa..sedap je |
|
|
|
|
|
|
|
kalu mskn siam depa goring ngan kulit2 sekali sampai rangup |
|
|
|
|
|
|
|
guna virgin olive oil
senang nak buat aglio olio terus |
|
|
|
|
|
|
|
Sdp bwg putih ni.. Klo nk sdpkan mknn, taruh myk ni waktu bile? Tgh msk ke dh nk akhir2 msk? |
|
|
|
|
|
|
|
nak sedap tambah minyak bijan... makan sama2 dengan sup..memang best...nak tahan lama simpan dalam peti ais |
|
|
|
|
|
|
| |
|