Bunga ade bukak thread dekat masalah peribadi, bunga rasa macam salah tempat pulak nak mintak pendapat. mod kalau sini bukan tempat yang sesuai. mod delete ya.
Assalamualaikum semua, bunga nak minta pendapat sikit. Baru-baru ni ada kawan lama bunga datang masuk merisik bunga. Bunga namakan dia Mr A. MrA ni merupakan kawan lama masa sekolah dulu. Dulu kami pernah rapat. Dan Mr Ani jugak merupakan bekas suami kepada bekas kawan baik bunga. Ye betul bekaskawan baik bunga, dan sekarang kami sudah tidak berhubung antara satu samalain.
Ok bunga ceritakandulu pasal bekas kawan baik bunga ni, kami berkawan dari skolah menengah sampaila dia dah berkahwin, bunga namakan bekas kawan baik bunga ni Cik X. Cik X niseorang yang cantik tapi dia jenis tidak peramah. Cik x ni pun tak banyakkawan. Kalau dulu bunga je la kawan yang dia ada. Tiap kali dia susah bungamesti ada untuk dia. Masa dia kawen, bunga mmg ambik cuti untuk teman dia,sebab dia cakap dia hanya selesa dengan bunga sahaja, bunga memang tak kesahuntuk luangkan masa untuk dia, sebab memang dah anggap kawan baik. Tapi suatuhari tu bunga ditimba musibah, Ayah bunga meninggal dan bunga tersangat2 down,dan masa tu jugak bunga baru lepas berhenti keja sebab nak jaga arwah ayah yangsakit. Sepanjang masa bunga down tu Cik X ni memang takda langsung tanyakhabar. Masa tu bunga mengaku bunga sangat2 perlukan dia sebagai kawan baikbunga. Bunga faham kalau dia busy sekali pun. Tapi dia mesej/ call pun tidakuntuk bertanya keadaan bunga. Bunga tersangat-sangat kecil hati masa tu. Bunga buntudan down, bunga anak sulung dah bawah bunga ade lagi 5 orang adik. Sebulan lepas arwah ayah bunga meninggal diaade whatsapp bunga, bertanya kenapa bunga senyap sangatt sekarang ni. Bunga cakapbunga sekarang tersangat busy, banyak urusan arwah ayah yang bunga nak uruskan,urusan adik2 lagi, bunga sendiri nak mencari kerja. Dan bunga ade cakap ‘sekarangni aku nak fokuskan pada mak dan adik-adik aku dulu’. Alangkah terkejutnyabunga bila dia balas ‘ okay lah kalau tu keputusan kau, mulai sekarang kitabuat haluan masing-masing. Kau buat hal kau, aku buat hal aku’. Bunga terkedu,bunga tidak berniat untuk putus kawan, Cuma bunga agak kecil hati dengan Cik Xyang langsung tak ambil berat pasal bunga. Kalau dia cakap sibuk sekali puntapi dekat group whtsapp dia bukan main rancak bersembang, tapi dengan bunganak whatsapp pun tak boleh. Sejak kejadian tu kami memang sudah tidak bertegursapa. Jujur bunga katakana bunga sedih, rasa sakit dia tu lagi sakit dari putuscinta. Tapi bunga positif saja. Fikir Allah nak tunjuk mana kawan yang adadengan bunga semasa susah dan senang. Dan ternyata Miss X hanyalah kawan bungasemasa senang sahaja.
Bebalik pada masalah bunga sekarang ni, minggu lepas adeorang datang merisik bunga, dan bunga tekejut orang tu adalah suami kepada CikX. Dan bunga pun tidak tahu yang mereka sudah setahun bercerai. Bunga tidaktahu akan sebab mereka cerai, apa yang bunga tahu, masing-masing sudah tidakada hati antara satu sama lain, dan mereka bercerai atas persetujuan dua-duapihak. Mr A ni orangnya tidak la kacak. Biasa-biasa sahaja orangnya. Duluselepas habis sekolah kami pernah berkawan rapat, dan memang diakui Mr A memangade perasaan dekat bunga dulu. Tapi masa tu bunga tengah bercinta dengan oranglain. Dan kami Cuma berkawan seperti biasa. Mr A selalu ada semasa bunga susahdah senang. Tetapi selepas dia bercinta dengan Miss X. Kami sudah tidakberhubung. Dan hanya sekali sekala sahaja berjumpa, itu pun semasa saya denganMiss X.
Sekarang ni saya buntu mahu menerima atau tidak pinangan dari Mr A, dan Mr A merupakan seorang duda anak sorang. Walaupun bunga sudah tidak berhubung dan berkawan dengan Miss X, tapi bunga rasa serba salah untuk menerima pinangan Mr A, rasa seperti bunga tikam kawan bunga sendiri. Ibu bunga pula memang sudah kenal lama dengan family Mr A, dan dia amat gembirabila family Mr A hendak masuk meminang bunga. Tolong forumer semua. Patut ke bunga terima pinangan MrA.
|