"Macam saya, saya buatkan suami saya gembira, (apabila) beliau gembira
maka beliau dapat menjalankan tugasnya dengan baik
demi anda semua dan untuk Malaysia."
Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor berkata demikian seperti dipetik Bernama, ketika merasmikan Hari Wanita Kebangsaan Gerak Sakti 1Malaysia.
Foto: MYNEWSHUB
Menurut Rosmah, dia akan memastikan suaminya gembira supaya Datuk Seri Najib Razak dapat menjalankan tugasnya dengan baik untuk rakyat.
Sebagai isteri PM, Rosmah mengakui dia sudah lali dengan pelbagai tohmahan dilemparkan terhadapnya. Namun, dia bersedia menerimanya dengan hati terbuka kerana itu semua lumrah dalam dunia politik.
"Dalam politik, kita terpaksa harunginya dan senyum... itu merupakan ‘ubat’ terbaik untuk mereka. Bila kita senyum dia sakit hati, bila kita marah dia suka hati. (Justeru) Cara terbaik untuk tangani semua ini ialah dengan senyuman,” ujarnya.
Foto: FB Borneo
Dalam program itu, Rosmah menekankan bahawa Barisan Nasional (BN) tidak pernah meminggirkan wanita daripada mana-mana kaum dalam usaha mengarusperdanakan golongan hawa. - CARI |