CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 9318|Reply: 60

Komen romantik tu gurau je lah, saya dah lama kenal Sufian – Janna Nick

[Copy link]
Post time 2-4-2018 10:49 AM | Show all posts |Read mode





PELAKON Janna Nick menjelaskan tindakannya berbalas komen berbaur romantis dengan penyanyi Sufian Suhaimi di laman Instagram hanyalah sekadar gurauan semata-mata.

Menurut Janna, 23, dia sudah lama mengenali Sufian dan disebabkan itu dia mempunyai keberanian untuk meninggalkan komen sedemikian di laman tersebut.

"Sebenarnya saya dah kenal Sufian sejak dua tahun lalu dan ayat romantik itu hanyalah gurauan, bukan betul-betul pun.

"Memandangkan nama Sufian sedang hangat diperkatakan mengenai isu peribadi (putus tunang), jadi orang mula kaitkan dengan komen saya itu.

"Saya hanya menulis tajuk lagu terbarunya berjudul Di Matamu, lagu tu pun sekarang tengah trending. Jadi jangan salah faham, kami gurau-gurau sahaja," katanya kepada mStar Online.

Sebelum ini menerusi akaun Instagram milik Sheila Rusly, pelakon dan penerbit itu ada memuat naik gambar dia bersama Sufian ketika menjadi tetamu jemputan program masakan Ketuk-Ketuk Ramadan.


Sheily Rusly mengusik Sufian Suhaimi dengan kapsyen lucu di laman Instagram.


Dalam posting tersebut, Sheila turut menulis kapsyen mencuit hati mengenai bekas tunang Elfira Loy itu.

"Bunga bukan sekuntum. Terkejut Sufian Suhaimi bila sis cakap 'cubalah petik bunga ditaman sis' Yang mana satu ek? Cer korang teka siapa yg Yan pilih? Tak lama lagi makan nasi minyak lah kita tok sidang!" tulisnya pada Rabu lalu.

Sementara itu, Janna mengakui ada peminat yang mahu dia menjalinkan hubungan cinta dengan Sufian, namun ada juga yang berasa hairan apabila timbul gosip tersebut.

Peminat memahami sikap Janna yang suka menyakat teman-teman rapat.

Ini kerana kebanyakan peminat sudah mengetahui karakter dirinya yang suka mengusik teman artis dan rakan-rakan rapat.

"Saya akui kerana komen itu ada peminat yang harap kami bercinta. Tapi kalau nak tahu, yang berasa pelik pun ramai sebab mereka tahu saya memang suka menyakat rakan-rakan artis.

"Tapi kalau kawan lelaki itu sudah berpunya saya tak akan komen macam itu, kita kena hormat hubungan dan perasaan pasangan mereka," kata pelakon drama Dia ini.







This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-4-2018 11:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Bakar Line ke tu? Silap2 elbirah menangis kat bucu katil jah
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2018 11:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Sejak bila sheila rusly jd mak kandung janna nick plak nk org petik2 bunga kt taman dia..sedor la sikit uols tu byk kumbang je kt taman...
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2018 11:44 AM | Show all posts
x sesuai JN ngn Kak pian.. huhu
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2018 11:44 AM | Show all posts

Berbalas Komen Romantis, Janna Nick Nak Dekati Sufian Suhaimi?

Komen berbaur romantis di antara Janna Nick dan Sufian Suhaimi nampaknya telah menimbulkan kekecohan di kalangan peminat.

Kata mereka, Janna macam nak mendekati penyanyi lagu Di Matamu itu selepas episod putus tunangnya.



Walau bagaimanapun gosip liar tersebut dinafikan oleh Janna sendiri dan menyatakan dia sudah lama mengenali Sufian dan disebabkan itu dia berani meninggalkan komen sedemikian.

Foto: IG Janna Nick



"Memandangkan nama Sufian sedang hangat diperkatakan mengenai isu peribadi (putus tunang), jadi orang mula kaitkan dengan komen saya itu.

"Saya hanya menulis tajuk lagu terbarunya berjudul Di Matamu, lagu tu pun sekarang tengah trending. Jadi jangan salah faham, kami gurau-gurau sahaja,"
katanya kepada mStar Online.

Sebelum itu, Sheila Rusly ada memuat naik gambar bersama Sufian dengan kapsyen yang mencuit hati.

Tulisnya, "Bunga bukan sekuntum. Terkejut Sufian Suhaimi bila sis cakap 'cubalah petik bunga ditaman sis' Yang mana satu ek? Cer korang teka siapa yg Yan pilih? Tak lama lagi makan nasi minyak lah kita tok sidang!"



Janna juga mengakui yang ada di kalangan peminat mahukan dirinya dan Sufian bercinta.

"Saya akui kerana komen itu ada peminat yang harap kami bercinta. Tapi kalau nak tahu, yang berasa pelik pun ramai sebab mereka tahu saya memang suka menyakat rakan-rakan artis.

"Tapi kalau kawan lelaki itu sudah berpunya saya tak akan komen macam itu, kita kena hormat hubungan dan perasaan pasangan mereka."

Foto: IG Janna Nick


Nakal Janna, suka sangat usik rakan-rakan artis. -CARI
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2018 11:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Avam janna ngan kak pian nikah sape yg salam tok kadi? Hehehhe
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-4-2018 11:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Takyah la. mek jannah cari lain pls
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2018 11:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Pian. Modus menggatal. Eeeuwww
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-4-2018 12:17 PM | Show all posts
daripada fathia ke janna nick plak
semua nak menangguk di air yang keroh
demi menaikkan nama masing2 yang dah sendu ha
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2018 12:21 PM | Show all posts
wateva lah. dulikk
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2018 12:25 PM | Show all posts
nmpk sgt dorang gurau2

gigih makcik bawang nk match2 kan retis

koserrr

Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2018 12:36 PM | Show all posts
kahhh taste sgt ler janna yg comel ni nak ke pian. hahah acik acik seme retis nak kenenkan choiii sangat
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2018 12:41 PM | Show all posts
nampak mcm JN bergurau je pon.
toksah JN dgn pian, pian cari gadis desa baru lah padan
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2018 12:52 PM | Show all posts
siputsedut replied at 2-4-2018 11:43 AM
Sejak bila sheila rusly jd mak kandung janna nick plak nk org petik2 bunga kt taman dia..sedor la si ...

SR ni makin lama makin xrelevan dalam industri ni..citer2 dia sume da level2 nazak mohideen je aku tengok..
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2018 12:52 PM | Show all posts
iols tak suka caption gurau2 murahan mcm nie..usually pompan lar akan mula geletis dulu..duk upload caption sweet2 dgn posing2 sweet konon..pastu pihak lelaki duk balas komen lepastue segerombolan geng2 pun ala2 mendoakan..bila tanya kawan jaa...pa motif...cheap sgt...
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2018 01:14 PM | Show all posts
gurau2 membawa bahagia gitu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-4-2018 01:14 PM From the mobile phone | Show all posts
caption gurau2 menggatal..same kaedah awal2 si pian dgn elpira la dulu.. last2 dr caption sangkut..gitchu
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2018 01:15 PM | Show all posts
Tukul.Besi replied at 2-4-2018 11:34 AM
Bakar Line ke tu? Silap2 elbirah menangis kat bucu katil jah

lel, downgrade kot kalau dari aspek wealth. tapi kalau ikut muka jauh cantik lagi janna nick.
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2018 01:22 PM | Show all posts
jenna..jgn la terlibat dengan gosip murahan....hahaha..muka pian dah la nobita...
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2018 01:24 PM From the mobile phone | Show all posts
So gosip mengatakan sheols cat nippon tu pelesu ke bagaimana
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 07:20 AM GMT+8 , Processed in 0.051687 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list