View: 3280|Reply: 6
|
Makanan Korea Mahal? Jom Buat Dukbokki Sendiri -Sedap Lagi Murah!
[Copy link]
|
|
Jika anda peminat program realiti Korea, Running Man pasti pernah melihat aksi pesertanya yang makan pelbagai makanan tradisi Korea yang tampaknya lazat sekali.
Cara mereka nampak sedap sangat membuatkan peminat K-Drama mesti rasa nak cuba juga. Apa kata anda cuba untuk memasaknya sendiri supaya boleh menambah bahan mengikut citarasa sendiri.
Maklumlah kalau makan di Restoran Korea pun, harganya bermula dari RM12-18 bagi satu set. Belum menu mee dan nasi lagi. Jadi kali ini jom kita lihat resipi Korea Rice Cake Pedas (Dukbokki) iaitu makanan jalanan Korea yang paling popular di sana.
Bahan utama ni adalah rice cake (garaetteok berbentuk silinder), fish cake, telur rebus dan kuah dari pes cili.
Rasa rice cake ini agak kenyal. Ia juga kelihatan sangat pedas dengan warna merah menyala, tapi anda boleh kawal jumlah pes cili, jadi rasa kurang pedas.
Bermacam cara untuk masak Dukbokki ini sama ada dengan kicap, keju atau mi. Tapi resipi ini menggunakan keju.
DUKBOKKI CHEESE SEDAP & MUDAH
BAHAN-BAHAN
- Kek beras (untuk 2/3 hidangan)
- 3 keping kek ikan
- 1 helai daun bawang
- ½ biji bawang
- Sedikit ikan bilis
- Cheese keping
Untuk sos
- 3 sudu besar cili pes
- 2 sudu besar gula
- 1 sudu besar kicap
- 1 sudu besar tepung sirap (tepung jagung yang dicampur sedikit air)
- 1 sudu besar minyak bijan
Cara-caranya
1) Rebus 3 cawan air dengan ikan bilis selama 10 minit. Setelah siap, toskan.
2) Sementara itu, potong kek beras dan ‘fish cake’ kira-kira 2cm .
3) Potong bawang besar dan daun bawang menjadi kepingan besar. Ketepikan.
4) Untuk membuat sos, campurkan semua bahan-bahan sos dalam mangkuk.
5) Masukkan ikan bilis, rice cake , fish cake dan bawang ke dalam periuk. Tambahkan sos.
6) Rebus selama 5 minit dengan api yang sederhana dan kacau sekali-sekala.
7) Tambah daun bawang dan bijan dan rebus lagi selama 3 minit.
8) Hidang dalam mangkuk, letakkan keju di atasnya untuk rasa yang sangat sedap. Pastikan letak ketika Dukbokki tengah panas ya.
Foto Carian internet
Mudah rupanya. Jadi bagi peminat K-Drama bolehlah cuba buat sendiri, boleh makan bersama keluarga atau rakan-rakan ya.- CARI |
|
|
|
|
|
|
|
Kek beras kenyal..... Option lain ado tak? |
|
|
|
|
|
|
|
aku_statik: Kek beras kenyal..... Option lain ado tak?
Option lain...mkn kt kedai depa masak siap dah..hihi..
|
|
|
|
|
|
|
|
Mcm renyah. Start enjin kete g kedai n order makan. Senang{:laugh |
|
|
|
|
|
|
|
yg ready made ada jual kat shoopee. panaskan je |
|
|
|
|
|
|
| |
|