View: 1891|Reply: 4
|
Mulut Terlopong Ketika Tidur? Patutlah Lesu Memanjang Di Pejabat!
[Copy link]
|
|
Pernahkah anda merasakan hari-hari yang anda lalui bagaikan berlalu begitu lambat kerana tubuh cepat berasa lesu? Mengapa tubuh mudah lesu dan mata cepat saja terasa berat?
Nampak macam biasa, tapi tujuh perkara berikut menjadi punca tubuh mudah kepenatan lebih cepat daripada biasa.
1. Kafein berlebihan
Foto: Odyssey
Minum secawan kopi pada waktu petang atau malam boleh mengganggu kitaran waktu tidur anda.
Penyelidik dari Michigan's Henry Ford Hospital's Sleep Disorders & Research Center dan Wayne State College of Medicine mendapati pengambilan kafein enam jam sebelum tidur boleh mengurangkan waktu tidur seseorang.
2. Multitugas
Foto: Pinterest
Melakukan beberapa tugas dalam satu waktu membuat otak kehabisan oksigen dan glukosa dengan cepat menyebabkan tubuh mudah lesu.
3. Bersungut tentang kerja
Foto: Reader's Digest
Anda sering merungut tentang kerja di pejabat? Sebuah kajian dari Journal of Applied Psychology mendapati perbuatan itu dapat membuat otak menjadi lesu. Patutlah tak bersemangat nak bekerja.
Jadi, jangan sebarkan aura negatif di tempat kerja, okey?
4. Asyik nak 'bermuka buku'
Foto: Reader's Digest
Berkampung di alam maya sebelum tidur mengurangkan rembesan melatonin hormon yang mengawal tidur, Pergerakan Mata Cepat (REM) menjadikan anda lebih sukar melelapkan mata.
Sudahnya, anda menjadi lebih mengantuk untuk menjalankan tugas keesokan hari.
5. Ternganga ketika tidur?
Foto: Mirror
Tidur dalam keadaan mulut terbuka juga menyebabkan anda kepenatan sebaik terjaga dari tidur dan membuat mata anda kelihatan lebam.
Kenapa? Ia kerana anda mengalami dehidrasi apabila mulut terbuka ketika tidur, sekali gus menyebabkan kualiti tidur terganggu.
6. Membongkok
Foto: Today.com
Postur tubuh membogkok memang memberi banyak kesan negatif kepada kesihatan anda. Ia boleh mengakibatkan gangguan pada sistem peredaran darah, sakit kepala, seterusnya radang pada sendi dan semuanya akan menyebabkan anda kehabisan tenaga.
7. Meja bersepah
Foto: The Independent
Meja kerja yang bersepah akan membuat mata dan otak tertumpu kepada banyak arah, sekali gus membuat tubuh cepat lemah. Ini kerana, otak tidak dapat memberi tumpuan kepada apa yang sepatutnya dilihat dalam masa tertentu.
Nampak remeh saja, kan? Tapi inilah dia punca yang menyumbang kepada faktor kelesuan anda setiap hari! - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
Mereka2 seperti diatas elok ler take note |
|
|
|
|
|
|
|
iolls lg suke meja sepah..
sbb bile kemas sgt nati acik2 bwg sblh tgk cm xde keje lak..
mule la ayat2 manis..bleh tlg x..bile xnk tlg mule la membwg kt 1 opis iolls..
so,iolls kemas meja cantik2 bile 5mnt nk blek je.. |
|
|
|
|
|
|
|
lain kali kerja sambil berporem
sesambil tersenyum sinis depan pc |
|
|
|
|
|
|
|
yg mulut tercopong tu slalunya siap pakej berdengkur..sampai masuk mimpi kadang tu |
|
|
|
|
|
|
| |
|