Terpedaya dengan kata-kata manis seorang lelaki, seroang wanita dipercayai menjadi mangsa sindiket Love Scam sehingga kerugian RM151,800.
Harian Metro melaporkan, mangsa berusia 51 tahun itu memberi kepercayaan dan sanggup meminjamkan wang kepada suspek yang mengaku warga Kanada walaupun mereka tidak pernah bertemu sebelum ini.
Mangsa yang berasal dari Kuantan itu dipercayai berkenalan dengan suspek menerusi laman Facebook pada Januari tahun lalu, kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof.
Gambar Hiasan
Dalam tempoh perkenalan, suspek didakwa memberitahu mangsa mahu datang ke Malaysia untuk mengambil wang berjumlah RM1.2 juta milik syarikat ayahnya.
"Bagi tujuan itu, suspek meminta dipinjamkan sejumlah wang daripada mangsa terlebih dahulu dan wanita terbabit bersetuju," katanya.
Kerana terlalu mempercayainya, mangsa memasukkan duit ke dalam enam akaun berbeza yang diberikan suspek hingga berjumlah keseluruhan RM151,800.
"Selepas memasukkan semua wang itu, mangsa tidak dapat menghubungi suspek dan mengesyaki ditipu sebelum membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan di sini, semalam," katanya.
Jelas Mohd Wazir, wanita terbabit dipercayai menjadi mangsa sindiket Love Scam yang aktif memperdaya golongan wanita dengan kata-kata manis, selain menawarkan pelbagai hadiah.
"olis sudah merakam percakapan mangsa untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat serta boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.
"Kita sudah mengenal pasti enam pemilik akaun terbabit dan sedang mengesan semua individu berkenaan.
"Kita berharap kejadian seperti ini menjadi pengajaran kepada individu lain supaya tidak terlalu mempercayai kenalan dalam media sosial," katanya. - CARI
seriously how many times this cases has been reported, but still tak masuk dalam kepala.. aku selalu gak berkawan ngan orang asing online... few things kita kena ingat.. 1st, kena sedar diri kalau rupa tak seberapa, x payah nk tergoda sgt bila ada orang cakap I fall in love just by looking at your picture.. that is totally BULLSHIT!!!.. 2nd, bila ada orang nak berkenalan, nak "kenal dengan lebih dekat", ko tak payah citer lebih2 pasal financial.. it's better if you said you are broke, or hutang keliling pinggang.. tak pun kau selalu citer yang ko ni banyak tanggungan.. even all that are lies... kalau scammer, x der masa lah dia nak spend masa ngan pompuan tak berduit.. kalau dia ikhlas nak berkawan, he'll keep contacting you.. caring about you.. 3rd, kalau dating online ni tak payah lah sesenang nak terima hadiah... aku pernah jer orang tu nak rapat ngan aku.. kenal online.. kata pergi Dubai for work matters then nak beli aku hadiah.. pastu aku cakap kalau beli hadiah tu nanti nak hantar Malaysia I ada kena bayar apa2 ke? pastu dia cakap ada lah sikit.. terus aku cakap aku tak der duit, duit yang ada pun cukup2 jer.. tak mampu utk ada additional expenses.. and that was the last time he contacted me.. hehehehehe.. nampak sangat scammer...
i penah jumpa spesis ppuan bodoh ni.. my ex friend. dah laaa bodoh, sombong plak tu. bila i ckp scam je tu. terus dia ckp i ni jeles sbb dia dpt bf kaya raya duk kat London keje oil company & often offshore. kata kalau takat blackberry ( masa BB tgh laris di pasaran) tu boleh beli 10 dek bf mat saleh dia.. I was LOL je laa, kata sila hidup dlm realiti.. so i mls nk temankan dia pergi ke bank utk btanyakan kadar tukaran matawang asing for $60k.. i biarkan dia sdiri.. dgr citer dia pinjam duit dgn scandal dia rm3k byr ke acct nama ppuan melayu.. the best part, she called me nk pinjam rm5k & willing to pay me back rm8k.. bullshit laa i nk bg.. i was about to go holiday .. dia ckp i kedekut & tolak rezeki.. well, yes... tolak bala actually.. hahahahha stupid janda cucuk muka