Video 24 saat yang menyaksikan buaian berhayun tanpa sesiapa di atasnya kecuali susuk yang kelihatan seperti pontianak berdiri di bersebelahan menjadi tular di media sosial.
Harian Metro melaporkan, insiden tersebut dirakamkan oleh penghuni kuarters kerajaan yang tinggal di Kempas, Johor Bahru.
Difahamkan kuarters berkenaan baru siap dibina dan belum dihuni sepenuhnya oleh kakitangan jabatan tersebut.
Seorang penduduk yang enggan dikenali berkata, setakat ini dia tidak diganggu atau berdepan dengan kejadian yang tidak diingini.
“Baru-baru ini kecoh dalam beberapa kumpulan WhatsApp dan saya ada menonton video berkenaan apabila ia tular.
“Sejak tinggal di sini awal tahun ini, saya tidak pernah berdepan sebarang gangguan mistik atau berhadapan insiden pelik.
“Perumahan ini juga masih belum penuh diduduki, dan ramai yang belum berpindah ke sini buat masa ini."
Pegawai Perhubungan Awam JBPM Johor Mohamad Riduan Akhyar pula menyatakan, sejak video itu tersebar, pihaknya ada mengadakan bacaan tahlil dan Yasin.
Foto: Harian Metro
“Kita mengambil pendekatan perubatan tradisional dan mengadakan bacaan tahlil dan Yasin.
“Bagi kami, isu ini tidak serius dan mungkin secara kebetulan dilihat penghuni dalam kejadian pada siang hari itu.
“Sebelum ini, anak-anak penghuni bermain di taman permainan berkenaan dan tidak pernah mengalami masalah gangguan makhluk halus.” -CARI
kat rumah aku pon selalu buaian berayun yg heran buaian sebelah dia tuh statik je..choy sgt..ada jiran berjaya rakam video tp tak diviralkan la..kosser sangat kan..who rrr yuss nk sebar2 video hantu...
abang aku pon pernah dtg lepak rumah..dia keluar hisap rokok kat tangga kecemasan ngadap ke buaian tu...dia kata tgh mlm nampak ada budak kecik dok main2 kat situ...dia kata takkan la anak orang..mak pak mana biar anak kecik main kt taman sengsorang tgh2 mlm...
pastuh aritu ada jiran nampak ada pompuan berkebaya nyonya dok melepak kat taman mainan tu..tak nampak muka sbb dia dok berpayung ngn payung daun2 yang mcm org biasa letak kat kubur tu...
dulu pernah la kat taman permainan aku nampak satu kuda-kuda tu bergoyang goyang sendiri macam ada budak naik. Aku rakamlah jugak then aku tunjuk dgn hubby. Dia selamba kata "angin tu"... huhu... entahlah ya... yang lain tak gerak satu benda tu aje gerak. So aku buat kesimpulan maybe spring dia rosak kot
Ustaz & lobai kan selalu cakap, semua atas dunia ni makhlok & milik Allah..... apa salah nya dia nak tumpang main buaian tu, asalkan tak kacau orang biar jer lah...
Post time 6-4-2018 05:26 PMFrom the mobile phone|Show all posts
siputsedut replied at 6-4-2018 11:27 AM
kat rumah aku pon selalu buaian berayun yg heran buaian sebelah dia tuh statik je..choy sgt.. ...
ade member iols pi lepak taman pas abes maen bola..time tu senja dh..tgh elok perasap mulot..tetibe buaian kt taman tu bergerak mcm org main..laju member iols atur langkah pulang ke rumah
pandai hantu tu nk tegor suh member iols balek sbb dh magrib