CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: N_nurr

Pencarian angkasawan kedua negara bermula... Aikk?? Itu kapten Faiz bkn second c

  [Copy link]
Post time 21-8-2019 08:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Hontahlahh.. x berani nak komen apa2
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-11-2019 08:33 AM | Show all posts
Edited by nourie at 19-11-2019 08:35 AM

Misi berbeza katanya....ntahlah

MyMetro

BERNAMA



MISI menghantar angkasawan kedua negara pada 2030 adalah misi berbeza dan tidak sama seperti 12 tahun lalu, kata Angkasawan Negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor.
Beliau berkata, misi menghantar angkasawan kedua di bawah Pelan Tindakan Agensi Angkasa Lepas Nasional perlu berbeza daripada misi pertama.
“Menetap di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) selama tiga hingga enam bulan di sana boleh dijadikan misi 2030 atau kita boleh lakukan ‘spacewalk’ di sana yang mana saya tidak buat ketika di sana.

“Misinya perlu berbeza. Ketika saya di sana (di ISS) 2007, saya tidak lakukan aktiviti itu.

“Saya ada misi saya. Antaranya misi berkaitan kajian sel kanser. Sebab saya doktor berkaitan ortopedik, tulang, saya lebih berminat dengan sel kanser,” katanya.
Beliau ditemui selepas sesi dialog Wacana Ilmu Kembara Ke Angkasa di Pameran Penyelidikan, Pertahanan, Keselamatan dan Kemampanan di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Kuala Lumpur hari ini.
Dr Sheikh Muszaphar berkata, misi itu juga bergantung kepada hala tuju negara dan kajian yang boleh dilakukan kerana terdapat banyak bidang kajian (berkaitan bidang Sains) di luar sana boleh diketengahkan.
Katanya, program angkasawan kedua itu masih dalam status ‘on hold’ dan negara mempunyai banyak masa bagi membincangkan kajian yang ingin dilakukan selain membuka permohonan bagi memilih angkasawan seterusnya bagi misi 2030.
“Banyak lagi masa dan kemungkinan pemilihan angkasawan negara akan dibuka (kepada umum) dalam tempoh dua ke tiga tahun menjelang 2030 dan mungkin kita boleh menghantar angkasawan wanita pertama negara,” katanya.
Beliau berlepas ke ISS dengan kapal angkasa Soyuz bersama Komander Peggy Whitson dari Amerika Syarikat dan jurutera penerbangan Yuri Malenchenko dari tapak pelancaran Baikonur Cosmodrome, Kazakhstan pada 10 Oktober 2007.
Dr Sheikh Muszaphar, 46, doktor bedah ortopedik dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berada di ISS selama 10 hari.




Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 25 April 2019 @ 8:28 PM


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-11-2019 09:20 PM From the mobile phone | Show all posts
nourie replied at 19-11-2019 08:33 AM
Misi berbeza katanya....ntahlah

MyMetro

Berbeza la pulakk matlamatnya.... misi 2030 yer... bagus la... ekonomi Malaysia pun tenat... Moga ade sinar yg baru utk bakal angkasawan kedua...
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2019 08:28 AM From the mobile phone | Show all posts
N_nurr replied at 19-11-2019 09:20 PM
Berbeza la pulakk matlamatnya.... misi 2030 yer... bagus la... ekonomi Malaysia pun tenat... Moga  ...

Tu laa... Dgn ekonomi yg sendu ni huhuhu. By 2030 Kapten Faiz pun dah tuo... Mmg le kne cari candidate lain... Unless he maintain his fitness la kn
Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 03:30 PM GMT+8 , Processed in 0.128826 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list