Bak kata orang dulu-dulu, salah satu cara nak memikat hati suami adalah dari perutnya dahulu kerana setiap juadah yang disediakan isteri mempunyai nilai kasih sayang yang mendalam.
Baru-baru ini, satu tweet daripada seorang suami telah membuatkan ramai netizen berasa bahagia apabila melihat apa yang telah disediakan oleh isterinya.
Menurut lelaki dengan akaun yang menggunakan nama Amy Medusa itu, ada satu ketika dia terpaksa pulang lewat daripada kerja dan isterinya telah menyediakan makan malam iaitu soto kegemarannya.
Apa yang membuatkan ramai kagum adalah paparan skrin penerangan isterinya tentang makanan yang disediakannya.
Daripada paparan skrin itu, kita boleh tahu bahawa isterinya merupakan seorang yang penyayang apabila dia menyediakan hidangan lengkap walaupun dia pulang lewat.
Bukan setakat soto yang disediakan, pencuci mulut pun ada! Untunglah bro dapat isteri penyayang macam ini.
Ramai netizen yang membaca tweet ini berkongsi rasa bahagia pasangan itu dan mengatakan betapa beruntungnya dia sebagai suami. Malah, ramai juga yang sudah tidak sabar ingin mendirikan rumah tangga.
Foto: Twitter
Mungkin akan ada yang mengatakan memang sudah menjadi tugas isteri melayan suami, tetapi hakikat sebenarnya dalam perkahwinan, ia merupakan win-win situation yang mana kedua-dua pihak perlu saling bantu-membantu dalam hal kerja rumah. - CARI |