Kita tak faham hukom kalu kenalah bertanya kepada mereka yang arif dalam bidang hukom Lkick. Di bawah nanti Maideen pastekan keputusan Ketua Hakim Sharie Kelantan tentang hal ini
Lkick tahu maksud "Ketua Hakim Sharie"? Bila seseorang itu jadi Hakim Sharie, ini bermakna dia memang ahlul hukom Sharie. Kalau Ketua Hakim Sharie, maksudnya dalam banyak banyak pakar hukom Allah, dia lah yang pandai sekali!
Apa dia kata? Mari kita baca:
KOTA BHARU 2 Sept. - ketua Hakim Syarie Kelantan, Datuk Daud Muhammad (gambar) mengesahkan perkahwinan Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr. Mohd. Hatta Ramli dengan isterinya gugur talak tiga kerana melanggar taklik yang pernah dilafazkan dalam bai’ah Pas negeri itu.
Pada masa sama, beliau berkata, perkahwinan itu tidak boleh dirujuk semula melainkan isteri kepada wakil rakyat tersebut berkahwin dengan mana-mana individu dan bercerai.
“Kalau tengok kandungan dalam bai’ah Kelantan, sah jatuh talak tiga (perkahwinan Mohd. Hatta). Kedua-dua pasangan itu juga tidak boleh lagi tinggal bersama kerana bukan lagi suami isteri.
“Bagi membolehkan pasangan itu rujuk, bekas isteri kepada wakil rakyat tersebut perlu berkahwin dengan sesiapa, bercerai dan baharulah boleh berkahwin semula dengan Mohd. Hatta,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Semalam Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan mengesahkan sebanyak 22 bekas pemimpinnya termasuk tujuh wakil rakyat bukan lagi ahli parti itu sebaik sahaja mereka dilaporkan berada dalam barisan kepemimpinan Parti Pekerja.
Mohd. Hatta yang pernah melafazkan bai’ah cerai talak tiga merupakan satu-satunya wakil rakyat negeri ini yang terlibat dalam senarai itu.
Dalam bai’ah ter--sebut, setiap wakil rakyat Pas di ne-geri ini yang mengambil keputusan keluar parti tanpa meletakkan jawatan, secara automatik telah menceraikan isteri masing-masing dengan talak tiga.
Perkara itu terkandung dalam lafaz bai’ah atau sumpah taat setia yang dibuat setiap wakil rakyat Pas di negeri ini sejak 2004.
Pada masa sama, Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad turut menasihatkan mana-mana wakil rakyat yang melanggar ba’iah tersebut supaya merujuk status perkahwinan di Mahkamah Syariah berikutan terdapat bai’ah cerai talak tiga yang dilafazkan mereka sebelum ini.
Sementara itu, Daud berkata, setakat ini Mohd. Hatta masih belum mendaftar mengenai status perkahwinan ter--sebut di Mahkamah Syariah. “Mohd. Hatta masih belum datang merujuk mengenai status perkahwinannya di mahkamah,” katanya.
Dalam pada itu, Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Ahmad Yakob yang juga Menteri Besar menyeru kepada Mohd. Hatta supaya segera merujuk kepada Mahkamah Syariah mengenai status perkahwinannya.
Katanya, bekas Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat itu dengan jelas telah melanggar bai’ah yang pernah dilafazkannya dengan menyertai parti lain tanpa meletak jawatan sebagai wakil rakyat.
“Kita telah membuat keputusan dan menghantar surat berserta lampiran bai'ah yang pernah dilafazkannya kepada Mohd. Hatta.
“Dari segi hukum, lafaz taklik talak tiga telah terjatuh dan itu pandangan yang diberikan Ketua Hakim Mahkamah Syariah Kelantan,” katanya.
Datuk Ketua Kepada Hakim Hakim Pakar Hukum Allah.
|