CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 85579|Reply: 790

Akibat Seronok Berselfie, Akhirnya Titian Cinta Zul & Zahirah Terlerai. Pena

  [Copy link]
Post time 14-4-2018 07:17 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by Tukul.Besi at 15-4-2018 12:12 AM

rajamawar@bh.com.my
Share

Tweet

Share
BUKIT FRASER: Aktor, Zul Ariffin, mengesahkan hubungan cintanya dengan pelakon, Zahirah Macwilson, 23, sudah terlerai sejak lebih sebulan lalu.

Bintang berusia 31 tahun itu berkata, sejak tahun lalu, ramai yang sudah mengetahui mengenai perhubungan mereka yang bagai ada pasang surutnya.

"Sudah putus. Gelombang hubungan kami sudah diketahui ramai sejak tahun lalu. Diakui, hubungan kami ada masanya putus dan bersambung semula dalam tempoh berkenaan.



"Sebab itu, saya hanya memberi 'samar bayangan' jika ada yang bertanya.

"Hari ini, saya mahu menegaskan, perhubungan itu sudah berakhir dan tidak mungkin bertaut kembali. Jika masih meneruskan hubungan, bermakna saya menganiayai diri sendiri.

"Tiada apa yang mahu disembunyikan lagi," katanya kepada BH Online ketika ditemui di lokasi penggambaran filem Misteri Dilaila arahan Syafiq Yusof di Bukit Fraser.

Krisis hubungan Zul dan Zahirah bagaikan tiada penghujung apabila beberapa isu meletus sepanjang percintaan mereka. Ia termasuk kontroversi mengaitkan aktres jelita itu sebagai 'orang ketiga' dalam kemelut perhubungan Kamal Adli dan Emma Maembong, tahun lalu.

Bapa Zahirah, Zainol Macwilson, juga dilaporkan tidak memberikan restu andai anaknya bercinta dengan aktor itu.

Bagaimanapun, pelakon Tombiruo dan J Revolusi itu sebelum ini dilihat masih terus mempertahankan hubungan yang sudah terjalin sejak tiga tahun lalu.

Aktor yang mencipta populariti menerusi drama Rindu Awak 200% dan Titian Cinta itu berkata, dia tidak kecewa dengan perpisahan yang berlaku.

"Kecewa, tidak...! Kalau melihat orang 'berselfie' dengan gembira kira-kira 20 meter dari jenazah ibu tanpa rasa sensitif, inikah orang yang layak dibuat pasangan hidup?

"Itulah perasaan saya ketika melihat Zahirah seronok 'berselfie' bersama seorang teman berdekatan jenazah arwah ibu saya ketika dalam masjid.

"Ada beberapa saksi melihatnya, termasuk saya yang ketika itu mahu membuka penutup muka untuk mencium arwah ibu buat kali terakhir.

"Menyampah memandangnya, tetapi saya masih meneruskan hubungan. Saya tidak kejam dan tetap memaafkannya," katanya yang kehilangan ibu tercinta, Robiah Nasir, 5 Disember lalu.

Zul berkata, dia reda apabila kepincangan hubungan yang berpanjangan tidak mampu dipulihkan lagi.

"Saya tentunya mengharapkan ketenangan dan kebahagiaan dalam membina hubungan cinta.

"Jika terlalu banyak mengganggu kerja dan menjejaskan kehidupan peribadi, tiada guna untuk terus mempertahankannya. Tiada apa yang perlu saya kenangkan lagi," katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-4-2018 07:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Bercinta dgn budak budak. Gitulah gayanya.
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2018 07:25 PM From the mobile phone | Show all posts
bagus la tu.budak lagi.ko tak sesuai ngan dia
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2018 07:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by delia3003 at 14-4-2018 07:29 PM

Bagus lah, Zahirah pun masih muda lagi, nama tengah naik. Baik dia fokus kerjaya je

Selamat kembali kepada acik gaya

Dan selamat bergesel dengan jahlopakatik gediks Uols pun dengarnye boleh tahan gediks kat pentas AME melayan sikatik syok sendiri
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2018 07:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Betul ke zahirah selpie gitu..
Kalau aku kt tmpt zul pun mau ku rmpas dan ramas2 hp tu spt meramas tepung..
Mak boyprend meningal kot.
Show la some respekk.

#adabkatmana
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2018 07:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Lega..ira ko pikir kerjaya je dik..kalau ngn syafik pon ok..huhuhu..(nak juga jadi LObenaks) kalu tak pon ahkak doakan ko dpt jantan kaya macho gentleman romantik abis yg layan ko selayak2nya..tuk zul selamat menyambung semula ngn acik gayatree..chuols mmg sepadan..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-4-2018 07:32 PM From the mobile phone | Show all posts
mmg sensitif kalau bab mak ni..zahirah pun satu hal..adoi la.elok la tu kome dua asik panas je lebih baik stop kt situ.
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2018 07:32 PM From the mobile phone | Show all posts
aduh.. dah breakup move on jela.. takyah nak bgtau org ape masalah dalaman korg... poyo plak jul ipin ni.. harap sgt zahirah tak reply pape kat statement mamat ni...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-4-2018 07:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Alasan..tiba2 aje keluar point mcm tu plak.
Okla ira..ko boleh cari laki lain yg lebih hargai ko..Bnda boleh bincang..semua org ada buat salah kot..kalau btul zul sygkan ira..guide her.
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2018 07:35 PM | Show all posts
Edited by beruangmuda at 14-4-2018 07:40 PM

baguihla udah putus.. voley meols meminati zahirah dengan bebas tanpa gorilla kaki meroyan di igs... dasar fonen kelempuk. badan jah macam gorilla otak kecik seperti burung unta. chuols layak dengan acik gaya jah pegi main bawah ketiak sheols shuh shuh
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2018 07:38 PM | Show all posts
amboii...lepas geram sungguh
anggap ajelah x de jodoh.
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2018 07:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Gitulahhh. Dah break.. baru lah keluar cerita2 ni. Alang2 dah maafkan tu simpan terus lah. Ehhh. Iolsss tak marah.iolss just meluahkan perasaan.

Fly high zahirah
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2018 07:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Errrkk. Motif?
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2018 07:39 PM From the mobile phone | Show all posts
beruangmuda replied at 14-4-2018 07:35 PM
baguihla udah putus.. voley meols meminati zahirah dengan bebas tanpa gorilla kaki meroyan di igs... ...

Ni lawak sgt.
Syukur la. Leh ZM fokus kerjaya. Xyah jaga hati sesape. Hati ZM xde sepa pun nak jaga. Mmm.
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2018 07:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Jenis org yg masa bercinta sokmo no komen kepada wartawan, ngn fans pun nak semunyik2, main tarik tali... Tapiiii lepas putus boleh lak cite mcm2 benda buruk pasal ex tu. Tak minat dua2 pun, just iols anti org yg suka burukkan ex.
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2018 07:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Menyampah lak tgk zul ni..poyo.. Xpe la zahirah.. Cari je la yg lain ..ko muda lg..layak dpt jerung2 mcm nelydia .. Lg pun ko cntk .. Zul tu bekas org.. Teringat zaman2 dia bercinta ngn abby
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-4-2018 07:45 PM From the mobile phone | Show all posts
zidane2011 replied at 14-4-2018 07:39 PM
Jenis org yg masa bercinta sokmo no komen kepada wartawan, ngn fans pun nak semunyik2, main tarik ta ...

Sakit hati aku baca.
Hrp2 ZM x balas statement psl benda ni.
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2018 07:45 PM | Show all posts
hijau88 replied at 14-4-2018 07:39 PM
Ni lawak sgt.
Syukur la. Leh ZM fokus kerjaya. Xyah jaga hati sesape. Hati ZM xde sepa pun nak j ...

meols memang udah lama cenderung ke arah sheols cuma kes kepam deli tuh buat meols turn off jap.
tapi walaupun meols meluat dengan kes tu still follow sheols jugekkk, tak voley quit gituh

Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2018 07:45 PM From the mobile phone | Show all posts
So, peluang la drama antara dato datin tiakmubusuk lepas ni.
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2018 07:47 PM From the mobile phone | Show all posts
beruangmuda replied at 14-4-2018 07:45 PM
meols memang udah lama cenderung ke arah sheols cuma kes kepam deli tuh buat meols turn off jap.
...

Syukur ZM dah menduniaaaaa skrg ni. Lupakan cinta dlu la.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 02:34 PM GMT+8 , Processed in 0.134014 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list