CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 5387|Reply: 65

[Tempatan] Lelaki dakwa SKMM ambil alih akaun Twitternya

[Copy link]
Post time 17-4-2018 06:57 PM | Show all posts |Read mode
Lelaki dakwa SKMM ambil alih akaun Twitternya

https://www.malaysiakini.com/news/420242

Annabelle Lee  |  Diterbitkan 17 Apr 2018, 4:34 petang  |  Dikemaskini 17 Apr 2018, 4:43 petang


Selepas disoalsiasat pegawai polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengenai beberapa ciapan, seorang lelaki menuduh suruhanjaya itu melangkaui bidang kuasanya dengan mendakwa "mengambil alih" akaun Twitter miliknya.

Pada 8 April lalu, Muhammad Hafiz Rayyan disoalsiasat selama empat jam di Balai Polis Taman Sentosa di Klang selepas diberitahu bahawa dia sedang disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,berkenaaan "penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau rangkaian perkhidmatan," mengenai lebih dua hantarannya di Twitter.

Ketika disoalsiasat, dia diminta mendedahkan kata laluan e-mel dan log masuk akaun Twitternya bersama dengan telefon bimbitnya.
Dalam sidang akhbar hari ini, beliau berkata kemudiannya mendapati akaunnya telah "diambil alih" oleh SKMM berikutan sesi soalsiasat tersebut.


"Saya mendapati suruhanjaya tersebut telah mengubah kata laluan saya dan (log masuk) ke akaun Twitter saya. Saya tidak dapat mengakses akaun saya sehingga saya membuat permintaan rasmi ke Twitter (melalui e-mel) dan mereka mengembalikan akses ke akaun saya.

"Tindakan ini oleh mereka adalah di luar bidang kuasa mereka," kata Muhammad Hafiz di pejabat Suaram di Petaling Jaya.

Walaupun dia telah mendapat akses ke akaunnya, Hafiz berkata bahawa telefon bimbitnya kekal dalam simpanan SKMM dan dia tidak menolak tindakan undang-undang terhadap komisen itu.

Malaysiakini telah menghubungi Balai Polis Taman Sentosa dan MCMC untuk mendapatkan ulasan.

Syahredzan Johan, peguam kepada Muhammad Hafiz memberitahu sidang media yang sama bahawa SKMM tidak mempunyai kuasa untuk menutup akaun pengguna daripada media sosial mereka.


"SKMM mempunyai kuasa untuk meminta kata laluan (akaun media sosial) seseorang tetapi ia tidak mempunyai kuasa untuk menukar kata laluan itu dan menutup akaun pengguna daripada akaun mereka sendiri.

"Ciapan yang (Hafiz) hantar hanya perkara yang sangat ringan, tidak dianggap menghina atau menghasut. Adakah insiden ini menunjukkan toleransi rendah kerajaan (sementara) begitu rendah terhadap kritikan hanya kerana ia menghampiri pilihan raya?" Soal beliau.

Muhammad Hafiz, pemilik akaun Twitter @HafizRayyan memiliki kira-kira 44,900 pengikut, telah disoalsiat mengenai kedua-dua tweet yang disiarkan pada 6 April.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-4-2018 08:37 PM From the mobile phone | Show all posts
mzz baca tadi ‘beberapa cipan’. Ciapan rupanya. Ciapan tu tweet lah eh? Can’t we just use tweet instead? Tau lah nak memartabatkan bahasa melayu tapi there should be limit lah to internet terms. Swafoto pun bunyi tak sedap.
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2018 10:16 PM | Show all posts
so?
mana satu pihak yg patut kita seret ke akta berita takbenar ??


Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2018 10:19 PM | Show all posts
kadang2 jd serbasalah. sapa yg buat fitnah sbnrnya?
berita hairan kah?
utusan meloya kah?
atau menteri umngok???


Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2018 10:38 PM From the mobile phone | Show all posts
mzzenma replied at 17-4-2018 08:37 PM
mzz baca tadi ‘beberapa cipan’. Ciapan rupanya. Ciapan tu tweet lah eh? Can’t we just use tweet i ...

org macam kau ni mungkin x bangga dgn BM..tp jangan nafikan dan tak hormat usaha doorg. Ciapan tu dalam lama DBP perkenalkan..sbln swafoto lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2018 10:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Its okay kalau dia ada pendapat dia sendiri nk sokong mana2 parti
Cuma tweet dia sangat harsh la dgn mencarut2 mcm xde iman
Bg i dah mcm kategori menghina tau

Kalau nk bg pandangan pun jgn la smpi mencarut, bila dah kne tahan skmm ckp dia xde komen menghina... abeh carut tu bahasa indah ke duhai abang sayang?
Kalau aku carut dia depan2 pun agaknya dia tersenyum x dan ckp "thanks adik, abg gembira sngt adik ccarut abang"

So bahasa tu penting lg2 awak tu ada amanah org ramai follow awak
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-4-2018 11:18 PM | Show all posts
laaa cipan tu tweet rupanya
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2018 12:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Ciapan is tweet
Twitter? Penciap?
Anyway..iols x ikuti isu ni
Tapi apakah yang dia buat sampai skmm ambil tindakan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-4-2018 12:35 AM | Show all posts
ciapan. buruk nau bunyi nya
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2018 01:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Dia tweet ape?
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2018 01:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Tepek lah ciapan dia

Memandangkan i xde twitter fb bagai
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2018 07:42 AM From the mobile phone | Show all posts
sokmogitu replied at 17-4-2018 10:38 PM
org macam kau ni mungkin x bangga dgn BM..tp jangan nafikan dan tak hormat usaha doorg. Ciapan tu  ...

Yang kau nak sentap apahal? Read my post again. I said there should be limit to internet terms. Ciapan probably came from chirp eg chirping birds. Twitter posts are tweets. Inspired by bunyi burung, but context to completely different. Hilang ke martabat bm kalau adapt these terms into the language? You don’t have to have a bm counterpart utk setiap perkataan. Doesn’t make bm any less a beautiful language.
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2018 07:54 AM | Show all posts
puas fikir td ciapan tu apa la..
ingat typing error..
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2018 07:58 AM | Show all posts
ciapan....
maigoddd.....
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2018 08:14 AM From the mobile phone | Show all posts
mzzenma replied at 18-4-2018 07:42 AM
Yang kau nak sentap apahal? Read my post again. I said there should be limit to internet terms. Ci ...

apa benda yg ko fikir aku sentap? aku sekadar bgtau pendapat aku yg org mcm kau mungkin sejenis tak bangga bahasa Melayu.

Ciap miap tu dah lama ada dlm BM...puisi dulu dulu, lagu Ella semua dh biasa guna. Pekataan tu jd pelik sebab mungkin org mcm kau yang kurang membaca dan hargai BM. Kenapa perlu nak limit BM ? Bahasa tu boleh berkembang dah beratus tahun, sampai kat kau je..oh nak kena limit sbb internet terms... sedih dgn mentaliti org mcm kau ni. Aku rasa kau yg sentap sbb apa yg aku ckp mungkin betul ke muka kau.
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2018 08:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Ciapan ??

Eeeuuwwwww
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-4-2018 08:19 AM | Show all posts
Puas aku pikir apakah itu maksud ciapan. Bila dah baca komen baru aku tau maksud dia.
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2018 08:35 AM | Show all posts
so ni isu pasal ciapan ke pasal apa?aku pon memula baca cipan jgk..huhuhuu ya ampornnnn
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2018 08:43 AM | Show all posts
cipan betul lah....
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2018 09:01 AM | Show all posts
bangcak replied at 17-4-2018 10:19 PM
kadang2 jd serbasalah. sapa yg buat fitnah sbnrnya?
berita hairan kah?
utusan meloya kah?

yg ni ko kena guna logik... kos RM100juta tu masa tahun 2012.. GST pun xdak lagi.. skrg dah 2018.. ada GST.. tentulah kos dah x sama.. x kira dgn perubahan kos barang lagi.. psl projek x start slps 6 thn announce, mungkin ada masalah peruntukan dan isu tanah.. biasa lah, kalo ada isu, pak menteri x akan announce dlm berita tp yg aku dok belajar ni, bnyk projek gomen amik masa nak jalan sbb isu kat site esp kalo libatkan pengambilan tanah di negeri yg berlainan kerajaan.. ko jgn ingat aku macai plak.. aku ni just being logical..

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 12:05 AM GMT+8 , Processed in 0.092637 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list