CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 32870|Reply: 267

[Edisi Peha Melimpah 60kg] - Permohonan maaf Kak Zai Post #179 / Che Ta mengamuk

  [Copy link]
Post time 18-4-2018 07:32 AM | Show all posts |Read mode
Edited by RatuDunia94 at 20-4-2018 12:31 AM



Menjelang Hari Raya tidak lama lagi, pelbagai jenama kini sedang rancak mengadakan pertunjukan fesyen bagi koleksi raya masing-masing. Di sinilah para peminat fesyen tempatan berkumpul untuk melihat gaya yang akan menjadi trend Syawal nanti.

Dalam pertunjukan berkenaan, pengkritik fesyen Zaihani M Zain bukan sekadar mengkritik fesyen malahan saiz badan mereka yang menghadiri pertunjukan fesyen! Perkara itu diluahkannya menerusi status Facebooknya tempoh hari.






Zaihani atau dikenali Kak Zai dalam kalangan komuniti fesyen menasihatkan kepada mereka yang mempunyai berat lebih 60kg supaya tidak menghadiri mana-mana fashion show. Ini kerana menurutnya peha individu dengan berat sebegitu ‘melimpah kat kerusi sebelah kiri dan kanan awak’.

Tambahnya, perkara itu akan menyebabkan situasi canggung dan mengundang ketidakselesaan untuk mereka yang duduk bersebelahan.

Kenyataan panas itu mengundang rasa tidak senang netizen yang menganggap di usia emas, Zaihani tidak seharusnya ke pertunjukan fesyen dan sepatutnya ke kelas agama sahaja.





Salah seorang pereka fesyen terkemuka tempatan, Calvin Thoo turut meluahkan rasa tidak selesa dengan kenyataan dikeluarkan Zaihani. Katanya wanita itu tidak berhak untuk menghalang mana-mana individu bersaiz besar dari menghadiri fashion show.

Ujar Calvin, jika Zaihani tidak menghormati orang lain, sudah tentunya pihak lain tidak akan menghormatinya juga. Dakwa Calvin, ramai yang sebenarnya tidak menyukai personaliti fesyen itu dalam diam.





Beberapa pereka fesyen terkenal lain turut memberi respon terhadap kenyataan Kak Zai, antaranya Tom Abang Saufi dan Adila Long.









Sementara itu model yang terkenal dengan kontroversi Alicia Amin turut memberi sepatah dua kata..







Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-4-2018 07:54 AM | Show all posts
nenek zai..bawaklah insyafff sedikit...dah macam wukong dah ahkak tengok!!
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2018 07:57 AM | Show all posts






Cyber bully atau makcik membawang ???




This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2018 08:01 AM From the mobile phone | Show all posts
nak komen lebih aku x faham situasi yg buat kak zai ni tulis camtu. Lagipun dua tiga menjak ni banyak fashion show yang tetamunya dtg bukanlah prospect clients, tp sekadar menempel, tumpang glamor dan nak tayang muka saja. Bukannya investor atau org yg betul-betul dlm industri fashion.

apapun kak zai ni besar juga sumbangan dia untuk fashion dan TV malaysia. Zaman dia lah TV3 benarkan pembaca berita bertudung.
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2018 08:04 AM | Show all posts
Hhahahahaha teringat satu komen kat fb
makcik udah2 lah join fashion show ssh MUA nak turap muka nnt hahahahahahaa
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2018 08:06 AM | Show all posts
fashion show pun mmg jenis letak kerusi rapat-rapat takde ruang. mmg kene bersentuhan peha kiri kanan.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-4-2018 08:12 AM | Show all posts
noreen replied at 18-4-2018 08:04 AM
Hhahahahaha teringat satu komen kat fb
makcik udah2 lah join fashion show ssh MUA nak turap muka nn ...

carly tgk kat fb dia... last update pun tahun 2015@2016.... dia dh delete kot status tu
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2018 08:13 AM | Show all posts
apa pun sumbangan dia sebelum ni..tak patut body shaming camtu..kalau ayat2 tu terkeluaq dari org yg perfect 100% takde kekurangan langsung maybe kita tak heran sgt..but from dia....huhhh... by the way..yg pose pegang2 muka tu perasan couture pose habis la
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-4-2018 08:18 AM | Show all posts
xoic726 replied at 18-4-2018 07:54 AM
nenek zai..bawaklah insyafff sedikit...dah macam wukong dah ahkak tengok!!

i bersangka baik je..i rasa dia ni dah tebiat kot..sbb kawan i kata nampak hidung dia macam dah jatuh..lembek je nampak..
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2018 08:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Feeling Anna Wintour sangat.. Hello makcik badan pun dah bau tanah, jangan nak sibuk body shaming org. Bawak2 la ke masjid ke top up amalan tu..
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2018 08:27 AM From the mobile phone | Show all posts
nurbaya replied at 18-4-2018 08:20 AM
Feeling Anna Wintour sangat.. Hello makcik badan pun dah bau tanah, jangan nak sibuk body shaming or ...

Siot! Badan bau tanah haha!
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2018 08:29 AM From the mobile phone | Show all posts
sokmogitu replied at 18-4-2018 08:01 AM
nak komen lebih aku x faham situasi yg buat kak zai ni tulis camtu. Lagipun dua tiga menjak ni banya ...

Tapi fashion sheols sendiri pun agak hauk sebenarnya
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2018 08:29 AM From the mobile phone | Show all posts
M.Rose replied at 18-4-2018 08:27 AM
Siot! Badan bau tanah haha!

Ha ler...dah nampak bayang batu nesan pun x sedor diri lagi
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2018 08:35 AM | Show all posts
tengok gambar dia yg lentok2 pegang muka tu..
issshhhh..x sesuainya
x tergamak nk ckp lebih2...
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2018 08:36 AM | Show all posts
tak ada satu pun gambar (diatas) yang makcik ni pakai cantik..
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2018 08:39 AM | Show all posts
dah lama memerhatikan dia. yg mana i rasakan beliau adalah seorg yang pelik berdasarkan fesyen2 nya.
tapi katanya..itu lah FESYEN!

Latest talk dia i tengok di NTV7. katanya, u pakai je apa2 pun without brand. tapi pastikan handbag branded.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-4-2018 08:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku macam nak sokong nenek ni cakap kerana beberapa sebab. Selain heavy set women ni take up a lot of space, baju2 yang depa tengok tu tak ada pulak dibuat dalam saiz 5XL.
Aku pun tak suka body shaming tapi tolonglah jangan cakap gemuk tu ciptaan Tuhan. Tak ada nya ko kluar dari perut mak ko obese macam tu. Gemuk tu sebab berkawan dengan setan. Nafsu (makan) melampau dek kerana bisikan setan. I'm dividen on this, acik bawang.
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2018 08:43 AM | Show all posts
sorry la.. ko suka2 mengutuk orang.. betul apa cina tu cakap.. ko tak respect org lain, mana mungkin org lain akan respect ko..

muka dia ni mengingatkan aku 1 watak dlm star wars force awaken tu.. yg perempuan/mahluk jaga bar pakai spek. kwn lama han solo
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2018 08:45 AM | Show all posts
amboih2 nenek ni
bukan main lagi ye dia
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2018 08:45 AM | Show all posts
kalau peha melimpah, sediakan lah kerusi sebesar peha itu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 11:39 PM GMT+8 , Processed in 0.134402 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list