View: 1477|Reply: 6
|
Doktor Keluarkan Pemetik Api Yang Ditelan 20 Tahun Lalu
[Copy link]
|
|
Lelaki berusia 40 tahun menjalani pembedahan bagi mengeluarkan pemetik api dari perutnya yang ditelan secara tidak sengaja pada 20 tahun lalu.
Memetik Mail Online, kejadian berlaku di Chengdu selepas lelaki itu datang ke hospital bersendirian pada 13 April untuk mendapatkan rawatan kerana sakit perut dan mengeluarkan najis berdarah.
Hasil pemeriksaan, Dr Qiu Changwei mendapati terdapat objek berbentuk segi empat tepat berwarna hitam di dalam perutnya dipercayai pemetik api dan mengalami pendarahan dalaman.
Lelaki yang tidak dinamakan itu memberitahu staf perubatan bahawa dia mungkin 'tertelan' pemetik api itu pada tahun 1998.
Pembedahan itu mengambil masa kira-kira 10 minit di mana satu prosedur dilakukan bagi mengeluarkan objek sepanjang sembilan sentimeter berkenaan.
Foto: Mail Online
Menurut laporan, lelaki itu kini dalam pemantauan doktor di hospital. - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
20taun tu..xsedo ke telan benda alah tu..
ke tetelan time mabuk..
bahaya nye..bekarat dlm perot.. |
|
|
|
|
|
|
|
euwwww...smpi berkarat, sib bek perut tak reput |
|
|
|
|
|
|
|
Mesti kes tertelan masa mabuk tu yang boleh terlupa tu |
|
|
|
|
|
|
|
Aiyoh.... asid dlm perut tak buat pemetik api tu cair ke? Minyak tanah dlm tu tak terburai pulak |
|
|
|
|
|
|
|
lebih berminat nak tahu mcmne dia blh tertelan tuu |
|
|
|
|
|
|
| |
|