Aik, apa yang pelik sangat dengan perempuan zaman sekarang ni, Datuk Seri Aliff Syukri?
Jutawan kosmetik itu baru-baru ini, memuat naik paparan skrin komen seorang netizen yang menyelar tindakannya membiarkan anaknya, Qadejah El Zahra melayan adik angkatnya 'dengan kasar'.
Bagaimanapun, apa yang membuatkan Aliff dan orang ramai kurang senang adalah bahasa digunakan netizen terbabit yang biadab dan kasar!
Kali ini, rata-rata netizen menyebelahi Aliff dan mengecam tindakan netizen terbabit yang disifatkan mendambakan perhatian umum.
Dah terkenal nanti, jangan marah jangan sentap, okey!
Ada betulnya juga kata netizen. Tegurlah elok-elok jika benar niat ingin menegur. Lagipun, bukannya Qadejah goncang dengan ganas.
Dalam pada itu, segelintir netizen mengaitkan imej individu terbabit yang bertudung dan menyandang nama Sharifah tidak sesuai dengan sikapnya yang biadab dan kurang ajar.
"Memalukan kaub berhijab.
"Buat malu Sharifah saja!" komen netizen.
Pun begitu, kita tidak boleh mengenepikan kemungkinan akaun digunakan individu terbabit merupakan akaun palsu.
Apabila diperiksa, didapati individu terbabit sudah memadam akaunnya.
Dalam pada itu, segelintir netizen menyifatkan tidak adil mengaitkan tindakan tidak bermoral individu terbabit dengan imejnya yang bertudung kerana tidak kira siapapun dia, semua orang perlu menjaga kelakuan masing-masing.
Foto: IG Aliff Syukri
Alah, bertenanglah. Qadejah goncang manja saja adiknya itu. Itulah caranya menunjukkan kasih sayang. Lebih sudu dari kuah pula netizen ni. - CARI
Post time 18-4-2018 06:35 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Nmpk anak2 sayang dkat qadeja dan qayyum. Cuma bebudak kan, tak tahu do n don’t. Org tua kena lah ada. Tp yg menegur pun.. ada bahasa lg baik kot.
#adabkatmana
Post time 18-4-2018 07:28 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Mana boleh goncang baby, budak2 taktahu yg tua bangka tu la kena gi tegur, kadang2 aku kesian tgk si meena ni.. haii, kasar kemain org sekeliling even si alip tu .
I pun seram tengok dia goncang baby tu tapi tak perlu kot komen dgn sial sial macam tu. I tahulah nowadays budak budak guna sial tu dah jadi macam penyedap ayat je (sedap ke?) bukan betul betul maksudkan sial but please, jangan jadikan habitlah sikit sikit sial sial.
Post time 18-4-2018 08:08 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Edited by chazey at 18-4-2018 08:09 PM
Ingatkan goncang teruk2 ropanya takat goyang gitu gitu jah. Ceh. Apekehe korang treat la baby korang penoh lemah lembot sepanjang masa hade la yang lembik tulang lambat kuat lambat angkat kapla lambat dudok lambat berjalan segala nanti.
Mahara- kemahiran berkomunikasi. cara yang betul melontarkan idea. penggunan bahasa yang betul, teratur dan sopan(manusia yang kurang ajar juga suka ditegur dengan cara sopan. sopan bersifat universal) supaya sampai ke hati. cara bijak menguasi psikologi manusia melalui penulisan.
tidak semua manusia bijak memiliki kemahiran berkomunikasi.
isi betul tapi CARA penyampaian salah. orang yang membaca tak akan ingat isi, tapi akan ingat the way ayat kurang sopan itu membuatkan hati dan fikiran pembaca jelek dengan penulis.
Post time 19-4-2018 01:21 AMFrom the mobile phone|Show all posts
yele memang patut un dilarang.dorang budak bukan tauvpun baby digoncang ditepuk didebik ditolak. kang baby tu sakit ko juga berdosa.yang backup tu penjilat orang kaya