|
Kalau tengok Mawar Rashid, kadang-kadang rasa cemburu. Cantik dan sekarang hidupnya sudah serba mewah.
Namun tak ramai yang tahu sebenarnya pelakon ini pernah menjalani kehidupan yang sangat sukar dan dulunya mula bekerja seawal usia 15 tahun lagi.
Mawar atau nama sebenarnya Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid, 23 pernah menjual bedak muka untuk menampung perbelanjaan sekolah selain menjadi pelakon tambahan.
"Saya dan keluarga pernah menjalani kehidupan paling susah. Dari umur saya 15 tahun dah mula mencari duit untuk tanggung diri sendiri demi meringankan beban ibu.
"Hasil jualan bedak-bedak dan menjadi pelakon tambahan, saya dapatlah juga menampung duit belanja untuk ke sekolah.
"Syukur Alhamdulillah sejak zaman sekolah lagi saya mula beri duit kepada ibu walupun waktu itu tidak banyak tapi rasa bangga dapat balas jasa dia," kata Mawar kepada mStar Online.
Sebelum ini seorang Instafamous, Nisha Ezzati pernah berkongsi tentang cerita kehidupan Mawar dan menjadi tular.
"Alhamdulillah, ibu memberi didikan yang sempurna sehingga dapat membentuk hati yang mulia. Saya bangga dengan adik-beradik yang memiliki ciri-ciri seperti ibu.
"Ibu selalu berpesan, kasih sayang dalam keluarga itu amat penting selain memiliki hati yang bersih dan menghormati org lain juga antara sifat yang ditekankan dari dulu.
"Walaupun dalam apa jua keadaan hidup kami, tetap bahagia bersama keluarga yang tersayang," tambahnya.
Terbaiklah Mawar. Semoga semakin murah rezeki dan bahagia di samping keluarga dan suami tercinta. -CARI
|
|