CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2912|Reply: 11

Kilang Kantoi Buat Kopi Vietnam Murah Guna Bateri Terpakai, Debu Batu dan Kotora

[Copy link]
Post time 20-4-2018 04:00 PM | Show all posts |Read mode


Kalau kat Asia ni, kopi dari Vietnam lah paling famous. Ada yang kata kopi Vietnam ni sedap dia tahap kalau tak suka minum kopi pun boleh jadi suka lah! The Star melaporkan ada satu kilang pembuatan kopi di daerah Dak Nong, Vietnam ni kantoi tambah bateri terpakai, debu batu, dan kotoran dalam kopi dorang.

12 tan kopi tercemar dijumpai


Kilang milik seorang wanita nama Nguyen Thi Loan tu diserbu pihak polis dan pemeriksa makanan lepas dapat aduan daripada orang awam. Katanya dorang syak ada something yang mencurigakan berlaku kat premis tu.

Waktu serbuan, 12 tan kopi tercemar dirampas bersama 35 kilogram serbuk berwarna hitam yang dipercayai diekstrak daripada bateri terpakai. Satu baldi cecair hitam tidak dapat dikenal pasti seberat 10 kilogram juga turut dijumpai.


Kopi dicampur bateri terpakai, debu batu dan kotoran

Lepas disoal siasat pihak berkuasa, Nguyen mengaku yang dia beli semua biji kopi reject daripada pengilang kopi lain dengan harga murah untuk nak kurangkan kos. Biji kopi tu nanti dia akan kisar elok-elok sebelum campur sekali dengan debu dan kotoran.

Langkah terakhir, dorang akan warnakan campuran tadi dengan dye hitam untuk tipu pengguna. Kilang ni dah beroperasi bertahun-tahun dan tahun ni je dah tiga tan kopi ‘kotor’ ni masuk ke pasaran.


Boleh menyebabkan kerosakan otak dan kematian


Seorang pakar kimia daripada Vietnam National University, Profesor Madya Tran Hong Con memaklumkan mangan dioksida yang boleh dijumpai dalam bateri adalah sangat bahaya dan boleh sebabkan kerosakan otak. Selain tu, ia juga boleh sebabkan halusinasi dan kematian.

Pihak polis sekarang dah ambil sampel daripada premis untuk ujian makmal. Harap-harap pihak berkuasa dapat jejak semua kopi tercemar ni dan musnahkan sebelum dibeli orang ramai.




Bahaya betul lah, nak cut cost punya pasal sanggup bahayakan nyawa orang lain. Hati-hati kalau nak beli kopi ye!

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-4-2018 04:09 PM | Show all posts
dubuk setia dengan nescafe saja
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2018 04:11 PM | Show all posts
@noraidil_06 ini ada kopi terlampau

Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2018 04:13 PM From the mobile phone | Show all posts
dubuk replied at 20-4-2018 04:11 PM
@noraidil_06 ini ada kopi terlampau

Nangis noks kalau terminum ni
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2018 04:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Jahat gile
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2018 04:29 PM | Show all posts
kopi ape ye?? sbb baru2 ni bos ada pegi vietnam. dia bg semua staf kopi dari sane. katenya famous sbb halal
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-4-2018 04:54 PM | Show all posts
Sebab tu kena hati2 masa nak membeli lebih baik lagi beli dari authorised shop je
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2018 08:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Ewww teruk betul
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-4-2018 11:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Syukurlah aku x blh minum kopi .. gi vietnam ritu pun x minum kopi .. so InsyaAllah kopi dia ni kompem aku x minum .. huhuhu .
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2018 02:52 AM | Show all posts
alamak...ada mentioned dak brand apa?

ai ada beli banyak peket gak utk kawan2 n relatives di mesia. Mmg sedap .
pastu one of my cousin yg Vietnamese tu cakap kat sana derang biasanya campur sos bilis ke dalam serbuk kopi masa proses tu untuk dapatkan flavor. Mmg bau serbuk kopi tu lebih menyedapkan.
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2018 12:21 PM From the mobile phone | Show all posts
precious_chicas replied at 23-4-2018 02:52 AM
alamak...ada mentioned dak brand apa?

ai ada beli banyak peket gak utk kawan2 n relatives di mesi ...

Nguyen Thi Thanh Loan katanye
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2018 04:54 PM | Show all posts
Edited by AdamJamaludin at 11-6-2018 05:00 PM

kita trusted sangat brand dari luar yang belum tentu ada pensijilan bertaraf antarabangsa. Sebab tu kalau nak tengok produk ni kita kena tahu 3 perkara ini

1. adakah produk itu dari Kilang OEM bertaraf GMP , seperti contoh macam kilang yang ada kat malaysia ni

>> www.UMZBiolineManufacturer.com <<

     

ni contoh kilang yang eksklusif, Kilang OEM bertaraf GMP

2. Adakah produk itu ada KKM  , Mesti bila dipasarkan?

3. Adakah produk itu Halal?

4. NI paling penting, content produk tu. Kalau dari 1st atas tadi dah fail. memang kelaut lah produk tu.

Support local brands. Atau anda buatbrand Kopi / Jus Minuman anda sendiri. Beli sampai 1 pack RM 13, Rm 14, tapi kos sebenar baru dalam RM 2 ke Rm 3 dengan Kilang OEM

why not build jenama sendiri, jadi usahawan. Dalam masa sama, produk tempatan dah meningkat satu lagi

oh lupa nak bagi tahu, website tadi ialah direct dengan Kilang ya, terus dgn Coop. Comm dan RND mereka. tekan sahaja website tu, penuh penerangan dan info

>> www.UMZBiolineManufacturer.com <<
.
.
.
.
Adam Jamaludin
www.umzbiolinemanufacturer.com

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 02:21 PM GMT+8 , Processed in 0.101708 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list