CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2896|Reply: 31

[Tempatan] Bendera BN jejas pemandangan kawasan elit TTDI

[Copy link]
Post time 20-4-2018 05:34 PM | Show all posts |Read mode

Berita
Penduduk dakwa bendera BN jejas TTDI
Annabelle Lee  |  Diterbitkan 20 Apr 2018, 4:09 petang  |  Dikemaskini 20 Apr 2018, 4:17 petang
   


PRU14 | Kejiranan mewah di Taman Tun Dr Ismail (TTDI) mungkin lebih dikenali sebagai tempat yang menawarkan restoran eksklusif daripada menjadi pusat perhatian politik.

Namun dalam tempoh 10 hari lalu, pihak polis telah melancarkan siasatan terhadap dua kejadian berasingan penduduk menurunkan bendera BN di kawasan kejiranannya. Tiga orang juga telah ditangkap.

Susulan itu, Ketua Pemuda BN Wilayah Persekutuan Datuk Mohd Razlan Rafii memberi amaran kepada penyokong Pakatan Harapan (HARAPAN) supaya berhenti menurunkan bendera BN atas alasan bimbang tidak dapat menjamin keselamatan mereka.

Bagaimanapun, ahli jawatankuasa Persatuan Penduduk TTDI (TTDIRA) Margaret Lee berkata menurunkan bendera tiada kena-mengena dengan sokongan politik kepartian tetapi sebaliknya ia adalah isu peraturan majlis tempatan.

Beliau menyifatkan hal itu berkaitan dengan tahap pengetahuan penduduk yang tinggi terhadap peraturan. Margaret memberi contoh usaha TTDIRA yang dilaporkan menggerakkan penduduk membantah pembangunan Taman Rimba Kiara.

"Penduduk sekarang mempunyai banyak pengetahuan tentang undang-undang dan mereka menyedari hak mereka. Dan mereka tidak takut untuk bercakap atau menunjukkan rasa kecewa mereka.

"Mereka tahu bahawa parti politik tidak dibenarkan memasang bendera sehingga selepas hari penamaan calon (28 April), tetapi pihak berkuasa tidak melakukan tugas untuk menurunkannya," kata beliau kepada Malaysiakini dalam suatu wawancara.

Beliau turut mengutuk penangkapan itu dan ancaman Razlan.

Sementara itu, presiden TTDIRA, Abdul Hafiz Abu Bakar berkata penduduk mempunyai amalan bersama untuk menghapuskan "kain rentang haram", termasuk bendera yang dipasang secara tidak sah, dari sekitar kawasan kejiranan mereka.

"Kain rentang politik yang dipasang sebelum hari pencalonan adalah tidak sah, mungkin itulah yang mendorong mereka (penduduk yang ditahan menurunkannya).

"Sebelum ini, kami mempunyai penduduk yang akan menurunkan kain rentang 'haram', ia perkara biasa yang dilakukan.

"Kami melihat TTDI seperti kampung kami sendiri, kami mahu menjaga kawasan ini dengan baik dan rapi, tidak dihiasi dengan kain rentang tidak sah dan bendera yang digantung tidak kemas," katanya kepada Malaysiakini ketika dihubungi.

Seksyen 24B (4) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 menetapkan bahan kempen hanya boleh dipamerkan semasa tempoh berkempen, yang bermula selepas hari penamaan dan berakhir pada hari mengundi (9 Mei).

Walaupun begitu, bendera BN dan juga parti-parti politik yang lain, sudahpun dipasang di pelusuk negara.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-4-2018 06:20 PM | Show all posts
wahhh turunkan bendera pun kne tangkap polis??
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2018 06:24 PM | Show all posts
alahai, duk kawasan elit pun sebab ekonomi malaysia stabil senang jadi kaya bawah BN

lagi mau kecoh

pundekkk arrrrr



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2018 06:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Elit la sangat
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2018 06:28 PM | Show all posts
Bagaimanapun, ahli jawatankuasa Persatuan Penduduk TTDI (TTDIRA) Margaret Lee berkata menurunkan bendera tiada kena-mengena dengan sokongan politik kepartian tetapi sebaliknya ia adalah isu peraturan majlis tempatan.




bodoh punya barua pkr, kalau salah pun bukan hak kau nak turunkan, report panggil majlis turunkan


monyet punya margaret, tak sedar diri nak pakai nama minah salleh konon si lee nyok siew ni
















Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2018 06:48 PM | Show all posts
betula dia kata tu,
tapi kwasan elit, ptutnya gol. tu lah paling sibuk bekerja

aku yg singgah kg. tkde sapa nk turunkn bendera menyemak ni, psl masing2 sibuk bekerja.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-4-2018 07:51 PM | Show all posts
Tahun 2018 pun masih nak belit bendera kat pokok. PRU15 nanti sila pakai design elit macam ni.







Kalo kurang bajet, buat camni je. Banner politik letak rendah level tapak kaki cukuplah, menarik jugak nampak, takdelah serabut mata.

Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2018 08:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Bendera bn letak mana2 pon hodoh.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-4-2018 08:33 PM | Show all posts
Baru saya tau TTDI Di anggap kawasan elite.

Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2018 08:43 PM | Show all posts
kakmonaBN replied at 20-4-2018 02:24 AM
alahai, duk kawasan elit pun sebab ekonomi malaysia stabil senang jadi kaya bawah BN

lagi mau kec ...

Jeles habis pencacai bn sekor ni. Kita orang punya suka kawasan perumahan kita orang!

Kalau lu taksub sangat dengan bendera bn tu lu pasang aja dalam rumah lu dan juga lu boleh rebus bendera bn tu untuk buat air minuman.
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2018 08:45 PM | Show all posts
FOTHER-MUCKER replied at 20-4-2018 12:43 PM
Jeles habis pencacai bn sekor ni. Kita orang punya suka kawasan perumahan kita orang!

Kalau lu ...

kaktom duk kat kenny hills, meriah dgn bendera BN, seronok kaktom tgk 5 tahun sekali kenny hills berpesta dgn lambang BN





Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2018 08:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Lagubestbest replied at 20-4-2018 07:51 PM
Tahun 2018 pun masih nak belit bendera kat pokok. PRU15 nanti sila pakai design elit macam ni.



.. Mahal hokeyyy, mampuih la kalo x menang
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2018 08:53 PM | Show all posts
kakmonaBN replied at 20-4-2018 04:45 AM
kaktom duk kat kenny hills, meriah dgn bendera BN, seronok kaktom tgk 5 tahun sekali kenny hills b ...

Ahli neraka ni dengan bendera pun taksub!
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2018 09:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Jujur bendera BN nampak ketinggalan zaman.

Tak sesuai di kawasa elit.
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2018 09:08 PM | Show all posts
banyakmya bendera
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2018 09:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Putrajaya penuh bendera dacing..dah desperet beno smp peraturan pun x tau
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-4-2018 09:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Dacing??? Euwww what are u talking about.. lol
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2018 09:40 PM From the mobile phone | Show all posts
iloveselangor replied at 20-4-2018 09:00 PM
Jujur bendera BN nampak ketinggalan zaman.

Tak sesuai di kawasa elit.

Kalau bendera parti Pis sesuai tak gantung kat TTDI, pj, Bangsar semua tu  kawasan manusia kununnya spesel  tu?
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2018 09:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Ala..biar la bendera tu .. mengudi 5 thn sekali kot.. meriah per.. jalan2 daerah ni jumpa  dacing lalu satu lagi kawasan penuh bulan.mata.roket.. nak pilihanraya kan.. sabo2 sikit..
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2018 10:46 PM From the mobile phone | Show all posts
wajevo replied at 20-4-2018 09:40 PM
Kalau bendera parti Pis sesuai tak gantung kat TTDI, pj, Bangsar semua tu  kawasan manusia kununny ...

Sesuai ja corak polka dot tu.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 08:20 PM GMT+8 , Processed in 0.125333 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list