CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1049|Reply: 12

[Jenayah] pengerusi masjid kena tumbuk dik ahli pkr

[Copy link]
Post time 20-4-2018 08:03 PM | Show all posts |Read mode


berpolitik itu agak2 la, takyah sampai nak tumbuk2 orang

jangan pailang sangat







Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-4-2018 08:04 PM | Show all posts
JOHOR BAHRU 13 April – Belum pun kempen Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) bermula, penyokong gabungan pembangkang PKR bertindak agresif apabila menumbuk Pengerusi Masjid Kota Masai, di sini selepas solat Jumaat, hari ini.

Mangsa, Herman Irmadi berkata, kejadian berlaku apabila dia menegur segelintir penyokong pembangkang yang mengedarkan risalah politik di dalam kawasan masjid.

Beliau ditumbuk oleh salah seorang penyokong pembangkang ketika hendak pulang ke rumah selepas keadaan di masjid tidak lagi sesak.

“Saya dimaklumkan ahli jawatankuasa masjid ada sekumpulan penyokong PKR yang mengedar risalah di dalam masjid serta di pintu masuk sehingga menyebabkan keadaan menjadi sesak.

“Saya memberitahu mereka bahawa pihak masjid tidak ada masalah sekiranya ingin mengedar risalah di luar kawasan masjid. Saya tidak menyangka teguran itu menyebabkan mereka marah sehingga menumbuk saya,” katanya ketika dihubungi UTUSAN ONLINE, di sini sebentar tadi.

Herman yang juga Timbalan Pengerusi Tetap Pemuda UMNO Bahagian Tebrau memberitahu, beliau sudah membuat laporan di Balai Polis Taman Scientex Pasir Gudang pada pukul 5.30 petang tadi.

– UTUSAN ONLINE

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-4-2018 08:07 PM | Show all posts


dah tumbuk, cilok hp lagi tuuuuu

turuk la




BERANG ditegur supaya tidak mengedarkan risalah politik di Masjid Kota Masai selepas solat Jumaat semalam, dua lelaki bertindak menumbuk kepala pengerusi masjid itu sebelum melarikan telefon bimbitnya.
Bagaimanapun, puluhan jemaah bertindak menutup pintu pagar masjid sekali gus berjaya menghalang dua lelaki, 30-an, itu daripada melarikan diri dan memulangkan semula telefon bimbit mangsa.

Mangsa Herman Irmadi, 45, berkata kejadian berlaku apabila dia menegur dua lelaki itu daripada mengedarkan risalah politik di perkarangan masjid.

“Ketika jemaah mahu pulang selepas solat Jumaat, saya dapati berlaku kesesakan sebelum menyedari dua lelaki itu sedang mengedarkan risalah.
“Saya menegur mereka supaya ke tepi dan mengedarkan risalah di luar kawasan masjid bagi menghormati urusan jemaah yang mungkin bergegas ke tempat kerja.
“Kedua-dua lelaki itu terus beredar, namun apabila saya menunggang motosikal dan mahu pulang, saya ditahan mereka di pintu pagar," katanya ketika dihubungi NSTP.
Menurutnya, berlaku pertengkaran antara mereka sebelum salah seorang daripada lelaki itu melepaskan tumbukan yang terkena bawah telinga kirinya dan melarikan telefon bimbitnya.
Katanya, kedua-dua lelaki itu kemudian menaiki kereta yang diletak di parkir masjid, namun jemaah berjaya menutup pintu pagar bagi menghalang mereka melarikan diri.
“Kami mengambil masa beberapa minit sebelum lelaki berkenaan memulangkan telefon bimbit saya dan kami membuka pintu pagar.
"Saya membuat laporan kejadian di Balai Polis Scientex pada 5.30 petang tadi (semalam),” katanya.
Sementara itu, jurucakap polis ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian, namun enggan mengulas lanjut.




Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 14 April 2018 @ 12:22 AM


Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2018 08:12 PM | Show all posts
Alhamdulillah tempat aku memang biasa diedarkan risalah politik bila balik sembahyang Jumaat tapi di luar kawasan masjid. Setakat ni tiada kejadian tak diingini berlaku. Yg ni den tak berani nak komen sbb kena dengar dikedua2 belah pihak.......
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2018 08:21 PM | Show all posts
Munafik kaki fitnah betul laba ni!
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2018 08:23 PM | Show all posts
kakmonaBN replied at 20-4-2018 04:07 AM
dah tumbuk, cilok hp lagi tuuuuu

turuk la

Laba ni betul betul ahli neraka. Dah lah munafik, kaki fitnah pula!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-4-2018 08:46 PM | Show all posts
lg nak PRU lagi banyak fitnah

kiranya dajjal dah boleh keluar lah ni kan?
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2018 10:16 PM | Show all posts
FOTHER-MUCKER replied at 20-4-2018 08:23 PM
Laba ni betul betul ahli neraka. Dah lah munafik, kaki fitnah pula!

apa yg dia tipu?

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-4-2018 10:40 PM From the mobile phone | Show all posts
berita2 bangang mcm ni akan banyak keluar dkt2 nk pru..

teringat berita penyokong pembangang selak kain dkt puteri yumno..
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2018 04:30 AM From the mobile phone | Show all posts
ape motif amik hp?cam film tamil.berbelit2
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2018 06:36 AM From the mobile phone | Show all posts
yg di sini tok imam dok kempen politik kat jemaah....muka jemaah boring ya rabbi.
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2018 07:07 AM From the mobile phone | Show all posts
highcastle replied at 20-4-2018 08:12 PM
Alhamdulillah tempat aku memang biasa diedarkan risalah politik bila balik sembahyang Jumaat tapi di ...

Dlm kes ni dah pengerusi mesjid pon org kuat umno kawasan...paham2 saja lah...kalu dilahirkan sbg kucing mungkin sudah dipancut kencing merata, tanda ni kawasan dia, pembangkang jgn berani dekat, siap ko! Haha
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2018 06:04 PM | Show all posts
waduhhhh..pak herman rupanya ahli UMNO. Mungkin cara tegurnya amat keras sekali. Sebaya dengan IOLS pak herman ni.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 10:17 AM GMT+8 , Processed in 0.060837 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list