CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: GuaDahTua

[Tempatan] Nurliyana meninggal dunia

[Copy link]
Post time 21-4-2018 01:42 PM From the mobile phone | Show all posts
arasham replied at 21-4-2018 12:17 PM
Sapa yg follow Dr rafidah, fahamlah yg dia menyampaikan kebenRan. Tak faham kenapa keluarga alll ...

Ada link tak kak ara. ...I nak baca....tq
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-4-2018 01:44 PM From the mobile phone | Show all posts
noor2 replied at 21-4-2018 01:42 PM
Ada link tak kak ara. ...I nak baca....tq

Kalau Ada fb, follow je Dr rafidah. Banyak manfaat. Tapi nanti akak try copy Kat sini..
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2018 01:44 PM From the mobile phone | Show all posts
arasham replied at 21-4-2018 01:44 PM
Kalau Ada fb, follow je Dr rafidah. Banyak manfaat. Tapi nanti akak try copy Kat sini..

Akak nnt tlg paste ya. Saya takde FB. Nak baca explanation Dr Rafidah tu
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2018 01:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Assalamualaikum dan selamat petang semua.

Didalam isu ini saya menyalahkan HANYA wartawan Harian Metro (yang juga telah menghubungi saya). Mereka tidak mengambil info dari Hospital. Didalam pengurusan penyakit kronik, tidak perlu gembar-gemburkan kerana banyak isu yang lebih mendalam. Patutnya dinasihatkan keluarga cara yang terbaik untuk pengurusan pesakit. Jangan sekali-kali diviralkan dan info sepenuhnya tidak di beritahu. Berapa ramai yang takut membacanya. Itu pilihan pesakit, hargai lah beliau, terima lah dan redha kan lah pilihan beliau.

Saya ada menerima beberapa PM termasuk media ahli keluarga terdekat beliau yang mengesahkan Liyana memang banyak juga tidak mengikut rawatan dan penjagaan Dialisis yang menyebabkan komplikasi ini. Penyakit ini BUKAN 2-3 tahun, penyakit TERTIARY HYPERPARATHYROIDISM ini terjadi sebelum sesesorang bermula Dialisis lagi. Komplikasi jantung dan sebagainya disebabkan oleh rawatan Dialisis jangkamasa lama dan penyakit hyperparathyroid itu sendiri. Oleh kerana itu, kami menyarankan pemindahan buah pinggang; bukan bergantung Dialisis terlampau lama. Komplikasi akan muncul satu persatu.

Info tentang penjagaan di Hospital Serdang saya tahu, akan tetapi maklumat terperinci saya tidak boleh nyatakan disini. Dan tidak ada apa yang saya tulis sebelum ini salah. Jadi, jika keluarga tidak puas hati, ada cara terbaik untuk berbincang.

Saya langsung tidak menyalahkan Nurliyana didalam hal ini. Beliau berpenyakit sejak dari kecil lagi. Beliau sudah membuat pilihan cara hidup begitu. Tidak ada salahnya jika tidak mengikut rawatan. Kita hargai, ingati beliau dan fahami kehidupan dengan penyakit kronik sangat sukar.

Juga diberitakan beliau tenat, mohon semua doakan beliau. Tidak pernah langsung saya sebut jangan mendoakan beliau. Boleh baca kembali post saya dibawah.

Saya harap berita mengenai Nurliyana tidak lagi keluar dipaparan media. Saya juga difahamkan pesakit tidak mahu begitu. Hargai privasi beliau.

Menjadi keperluan (bukan tugas) saya untuk perbetulkan info / fakta tidak betul yang diberikan oleh media terutamanya Harian Metro (this is not the first time). Saya menggunakan gambar pun, ianya link daripada info mereka. Saya tidak sanggup melihat orang awam tertipu oleh info yang tidak lengkap.

Jika media tidak mengeluarkan info ini, saya tidak perlu ulas. Jadi, untuk media-jalan kan tugas anda.

Mari kita sama-sama doakan beliau.

Rafidah Abdullah
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2018 01:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Media Malaysia tidak pernah meminta pendapat Pakar!

Ini lah jadinya jika media kita, masyarakat kita suka cerita viral TANPA selidik betul-betul. Bukan Pakar yang di panggil memberi info penyakit di TV radio suratkhabar. Bukankah lebih elok jika cerita begini dijadikan pengajaran dan kesedaran? Saya tidak kenal pesakit ini, tapi ya saya memerhatikan apa yang diceritakan di media sosial dari London ini.

Tapi, saya kenal KESEMUA rakan-rakan Pakar Nefrologi satu Malaysia. Mereka tidak akan biarkan penyakit Tertiary Hyperparathyroidism ini menjadi sampai ke tahap ini kepada mana-mana pesakit pun.

Penyakit ini adalah komplikasi penyakit kronik buah pinggang; pesakit Dialisis. Pada permulaannya diberi ubat, supaya dapat di kawal bacaan fosfat. Sebab itu kami bebel itu ini supaya anda kawal makanan. Bukan suka-suka kami tak bagi anda makan yang sedap. Kalau fosfat tidak di kawal, penyakit akan teruk dengan kadar yang cepat. Kalau dah tidak boleh di kawal, Doktor akan syorkan buat pembedahan SEBELUM jadi teruk macam ini.

Jadi, tidak mungkin penyakit ini jadi teruk sebegini KECUALI (secara keseluruhan) :

1. Pesakit dan keluarga tidak mahu pembedahan yang telah disyorkan beberapa kali sebelum ini (sebelum timbul komplikasi yang menyukarkan).

2. Pesakit tidak pernah kawal pemakanan dan tahap fosfat. Tidak jaga makan, atau tak makan ubat kebiasaannya dengan aturan yang betul.

3. Di mana keluarga pesakit (suami pun boleh) di saat beliau memerlukan rawatan pemindahan buah pinggang? Apa salahnya tampil ke hadapan untuk memberi pada awal penyakit beliau? Komplikasi sebegini boleh di elakkan.

Saya harap kes ini menjadi pengajaran agar pesakit kami ikut saranan kami dan ahli keluarga tampil ke hadapan untuk memberi buah pinggang. BUKAN dah teruk macam ini, baru nak tunjuk itu ini.

Nasi sudah menjadi bubur. Tahap macam ini, sukar nak buat pembedahan sebab anda perlu mengambil risiko yang SANGAT SANGAT tinggi. Dan kemungkinan fizikal tidak akan pulih seperti normal. Sebab dah TERLAMBAT.

Sebab itu bila Doktor syorkan buat pembedahan, buat. JANGAN tangguh dan beri 1001 alasan. Lepas itu, dah teruk, macam biasa lah; ada (bukan semua) yang menyalahkan orang lain & sendiri tidak mahu bertanggungjawab.

Apa-apa pun, ini keputusan beliau.
Kasihan? Boleh.
Doakan? Tetap.
Derma? Terpulang. Tapi kalau buat pembedahan di Hospital kerajaan & tidak mampu, ada caranya untuk membayar bil yang tidak berapa banyak itu.

Tapi TIDAK PERLU mengagungkan; kerana anda TIDAK TAHU cerita sebenar.

Media pun. Bila nak jadi lebih bertanggungjawab? Cuba buat usul periksa dahulu. Tanya yang Pakar.

Jika masyarakat Malaysia prihatin, buktikan. Tampil ke hadapan menjadi penderma buah pinggang untuk ahli keluarga (bincang dengan Doktor merawat pesakit) dan berikrar menjadi penderma organ (www.dermaorgan.gov.my). Komplikasi begini boleh dielakkan dengan pemindahan buah pinggang.

Sila buktikan. Ini peluang anda.

Rafidah Abdullah
Pakar Perunding Perubatan & Nefrologi.

PS: parathyroid TIDAK SAMA dengan thyroid. Bila lah media kita nak betul. Kesian yang ada masalah thyroid; tak ada kena mengena antara 2 penyakit itu. Sangat lain. Tak pasal-pasal pesakit thyroid ketakutan!
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2018 01:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Realiti yang sukar diterima.

Saya mohon anda tenung baik-baik jika anda pesakit Dialisis atau ahli keluarga pesakit dialisis. Statistik ini selalu saya beritahu kepada pesakit-pesakit saya; graf ini juga adalah didalam set slaid untuk kaunseling sebelum permulaan dialisis.

Jangkahayat pesakit Dialisis pendek, dibandingkan dengan “general population” ya.

Graf 1:
Pesakit Kencing Manis; hanya 50% daripada jumlah semua pesakit melepasi 4 tahun bermula dari hari mereka mula Dialisis.

Graf 2:
Secara keseluruhan, semakin tua umur seseorang itu bermula Dialisis, jangkahayat adalah lagi kurang. Contohnya pesakit yang memulakan Dialisis di dalam lingkungan umur 35-44 tahun, hanya 50% daripada mereka ini melepasi 6 tahun jangkahayat.

Yang mula Dialisis sebelum umur 35, walaupun lebih 50% dapat melepasi 10 tahun, tapi macam-macam komplikasinya  Cabarannya jauh lebih banyak. Sebab itu, pemindahan buah pinggang tetap rawatan terbaik. Antara komplikasi: jantung, penyakit keutuhan tulang (secondary, tertiary hyperparathyroidism-Brown tumour). Dah sampai tahap ini, susah nak pulih dan penjagaannya sangat rumit.

Harap adik-adik Doktor dan pengamal perubatan ingat ya statistik ini, sebab lebih 40 ribu pesakit Dialisis keluar masuk wad. Yang selalu keluar masuk wad, risikonya jauh lebih tinggi.

Kesimpulannya, cegah sebelum parah.
Kalau dah parah, redha dan terima kenyataan.

Rafidah Abdullah
Pakar Perunding Nefrologi
Timbalan Presiden Persatuan Transplan Malaysia.

Sumber: Malaysian Dialysis Transplant Registry 2015 (Graf menunjukkan purata peratus)
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-4-2018 01:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Innalillah..berakhir sudah penderitaan mu dik..
Moga keluarga redha n tabah mnghadapi kehilangan insan tersayang ni
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2018 02:23 PM From the mobile phone | Show all posts
jerukkedondong replied at 21-4-2018 08:24 AM
Comel sangat senyuman liyana sblm sakit tu..mesti senyuman tu yg sngt dirindui suami nya nnti
Setia ...

Betul..comel je.. liyana ni kerdil ke? Or dia mmg tubuh kecik?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-4-2018 02:25 PM From the mobile phone | Show all posts
arasham replied at 21-4-2018 01:44 PM
Kalau Ada fb, follow je Dr rafidah. Banyak manfaat. Tapi nanti akak try copy Kat sini..

Terima kasih  kak. ..
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2018 02:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by noor2 at 21-4-2018 02:37 PM
arasham replied at 21-4-2018 01:49 PM
Media Malaysia tidak pernah meminta pendapat Pakar!

Ini lah jadinya jika media kita, masyarakat k ...


2. Pesakit tidak pernah kawal pemakanan dan tahap fosfat. Tidak jaga makan, atau tak makan ubat kebiasaannya dengan aturan yang betul.



Tertarik yang ni....memang pesakit kena kawal makanan. .teringat anak sedara i cancer sarcoma dulu...kena makan makanan yang betul2 bersih dan di masak sepenuhnya. ..tak boleh separuh masak...
Dan tak semua makanan boleh di makan. ..
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2018 02:43 PM From the mobile phone | Show all posts
awekjepun replied at 21-4-2018 02:23 PM
Betul..comel je.. liyana ni kerdil ke? Or dia mmg tubuh kecik?

Tak silap akak penah baca...katanya tubuh dia jd kerdil sbb penyakit tu yg sbb kan kalsium sudah ditarik or berkurangan sebegitu konsepnya
Maaplah.. Akak bukan doktor.. Tp gitu la pemahaman akak
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2018 02:49 PM From the mobile phone | Show all posts
cmf_premierleag replied at 21-4-2018 02:43 PM
Tak silap akak penah baca...katanya tubuh dia jd kerdil sbb penyakit tu yg sbb kan kalsium sudah d ...

Tq akak..betul la tu kot, sbb prnh baca gak pyakit dia mmg ada kena mgena dgn kalsium gak.
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2018 02:50 PM From the mobile phone | Show all posts
arasham replied at 21-4-2018 01:49 PM
Media Malaysia tidak pernah meminta pendapat Pakar!

Ini lah jadinya jika media kita, masyarakat k ...

Kenyataan yang ni iols ada baca kat fb Dr Rafidah beberapa hari yang lepas. I bersetuju dengan apa yang doktor tu katakan. Dalam pada masa yang sama jugak, iols terfikir, doktor hospital kerajaan takkan biarkan penghidap penyakit kronik jadi sampai seteruk tu kecuali pesakit tersebut sendiri yang enggan mengikut rawatan yang doktor sarankan.

Kalau under palliative care (macam arwah ayah iols dulu), doktor akan kerap follow up tahap kesihatan pesakit. Terpulang pada pesakit itu sendiri nak atau tidak jer. Apapun Al-Fatihah buat arwah Nurliyana & takziah pada keluarganya.
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2018 02:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Innalillah..elok la dia mati.tamat penderitaan yg org lain xrasa.kata2 dr rafidah tu semua btol.
Bab buah pinggang ni jgn buat main...tp pesakit terutama melayu jns byk dgr kata org..terutama jns istilah doc nk tebuk leher,nk suluh perut.just like mcm big no la..aku ada bc kt twitter ke yg ppuan nk ikat peranakkan sbb xnak bsalin lg.dh ada 3 anak semua czer.suami xbg sbb anak tu rzk.fmly pun xizin sbb haram dsbnya..kdg pesakit tersepit.drpd sokongan moral yg atit diterima lain plk yg dpt.aku ada bc gak dr fb dr imelda.yg seorg pesakit buah pinggang muda lg.dlm 30an.ada 5 beradik.dr dok nasihat spy one of them dermakan buah pinggang.masing2 xnak.sdgkan doc beria2 bgtau people can survive with satu buah pinggang as long as amalkan cr hidup sihat.sbb dialisis yg terlalu lm akan effect benda lain jgk..tp pujukan tu xbjaya lg.adik beradik pun tega tgk saudara menderita kan..
aku klu melawat hosp mmg insaf.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-4-2018 03:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Smg arwah tenang di sana ......

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-4-2018 03:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada jg hikmahnya ...kesakitan dan penderitaan berakhir ....

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-4-2018 03:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Al-fatihah buat arwah...Salam takziah buat suami n keluarga arwah...Tumpang sedih jugak..
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2018 03:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Takziah kpd keluarga mangsa..Semoga keluarganya tabah.
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2018 03:26 PM From the mobile phone | Show all posts
noor2 replied at 21-4-2018 02:25 PM
Terima kasih  kak. ..

Sama2 Noor. Akak pun mula2 keliru. Adik akak yg kena canser tu called, suruh akak jgn culas mkn ubat. Dia Tak nak akak jadi mcm arwah. Dia ingatkan hyperthyroidism. Akak Ada ni. So Masa keluar tv3, Tak pernah2 duk depan tv, Hari tu mengadap. Masih keliru. Until doc rafidah buat artikel ni. Baru faham Dan nampak bezanya hyperthyroidism Dan hyperparathyroidism.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-4-2018 03:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Smg famili tabah terutama.suami arwah ....

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 02:48 AM GMT+8 , Processed in 0.087222 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list