View: 3873|Reply: 14
|
Anda Seorang Introvert? Ayuh Ke Negara Ini, Melancong Solo Lagi Seronok
[Copy link]
|
|
Di dunia Ini ada jenis manusia ekstrovert, introvert dan ekstrovert+introvert. Ekstrovert gemar bergaul dengan orang lain dan berfikiran terbuka manakala introvert pula tidak begitu gemar bergaul dalam masyarakat dan dunia luar.
Namun tidak semestinya seseorang introvert itu lebih suka duduk di rumah. Ada juga yang gemar melancong.
Anda seorang introvert yang suka mengembara? Ini merupakan tempat-tempat yang sesuai dengan watak dan peribadi anda!
Iceland
Foto:Facebook
Iceland boleh digelar sebagai negara yang memiliki taman permainan semula jadi. Mana taknya Iceland ada aurora, air terjun yang mengagumkan, geyser, kolam air panas semulajadi, glasier dan banyak lagi!
Iceland merupakan antara negara yang selamat untuk pengembara solo. Anda boleh berjalan-jalan sendiri di negara ini tanpa rasa was-was!
Tulum, Mexico
Foto:Facebook
Ramai mengetahui akan kecantikan pantai-pantai di Tulum, Mexico. Namun sebahagian daripadanya masih terpelihara, sunyi dan tidak sesak.
Di sini anda boleh melakukan aktiviti seperti yoga, spa, luncur air ataupun bersantai di hutan berhampiran, menikmati alam semulajadi. Sudah tentu aktiviti sebegini digemari oleh golongan introvert seperti anda!
Chiang Mai, Thailand
Foto:Facebook
Walaupun populariti Chiang Mai sebagai destinasi pelancongan semakin meningkat naik, namun ia masih kurang sesak berbanding lokasi lain di Thailand.
Sangat sesuai untuk bermeditasi di Chiang Mai kerana suasanyanya yang aman damai.
Finland
Foto: Facebook
Jika anda berpeluang melawat Helsinki yang merupakan ibu negara Finland, anda bertuah! Ini adalah kerana mengikut kajian, penduduk Finland terkenal dengan sikap introvert. Anda boleh melawat muzium, bersiar-siar di taman ataupun di bandar tanpa perlu merasa risau.
Camino de Santiago, Sepanyol
Foto: Facebook
Terletak di utara Sepanyol, laluan jalan bertingkat ini mempunyai keluasan kira-kira 500 batu. Bagi kepuasan maksima, anda harus meneroka tempat ini selama 5 minggu atau jika tak punya banyak masa, cukup sekadar berjalan beberapa hari. Landskapnya sangat menakjubkan!
Anda bakal bertemu golongan introvert seperti anda di sini. Jadi terserah kepada anda untuk berborak atau hanya menikmati pemandangan indah luar bandar Sepanyol.
Dah pilih nak pergi yang mana satu? Semoga percutian idaman anda seterusnya termakbul! -CARI |
|
|
|
|
|
|
|
iolls x introvet pon tp nk gak g sini.. |
|
|
|
|
|
|
|
aku introvert, mmg suka travel solo
iceland tu mmg kene sangat dengan jiwa walaupun masa aku pi tak dapat tengok aurora
next in line, Chiangmai |
|
|
|
|
|
|
|
macam mana uols solo travel tak takut ke?
|
|
|
|
|
|
|
|
Solo travel best. Tapi kena buat research betul2 pasal tempat nak pergi. Bukan apa, takut kena tipu free2 je. Setakat ni destinasi pilihan adalah Iceland. Nak tengok aurora tapi mahallllllll |
|
|
|
|
|
|
|
salotape replied at 25-4-2018 03:20 PM
macam mana uols solo travel tak takut ke?
Buat research byk2
Pegi negara yg kompom selamat utk female solo traveller
N be cautious all the time, selebihnya tawakkal lah
Takut tu tetap ada tapi rasa excited nak tengok negara org tu lagi kuat
Sebenarnya iols lagi takut naik flight dari takut travel sorang2 |
|
|
|
|
|
|
|
Serius la tulum tu selamat?????? |
|
|
|
|
|
|
|
dah try travel solo..best gak
yg tak bestnye..takde org nak amik kan pic
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by merrissa at 26-4-2018 06:47 PM
sedihkann...tgu sampai 2 pgi...tapi sebab cuaca x baik....x dpt tgk..sedih betoi...
tapi serius iceland ni mmg kene repeat lg....
|
|
|
|
|
|
|
|
tripod kan ada...cume kene jaga2 kt tmpt yg byk risk sebab takut kene rembat plak
lagi satu time ni la nak buat kawan..suh org amik kan...hehehe...lps tuh leh kenai2
tapi satu x bestnya... i ni jenis kepochi...so kalo sorang...xleh nak cter ke excited an ketika di tempat kejadian..hehehhe
|
|
|
|
|
|
|
|
ai agak paranoid kes kena rembat sebab tu pasrah je amik gambo takde muka sendiri
|
|
|
|
|
|
|
|
Betul tu sebab tu banyak photo pemandangan je dari photo sendiri. Nak guna cemera stick pun kandang rasa cuak, takut tengah pose ada lak yang rembat. |
|
|
|
|
|
|
|
Travel solo mmg best. Aku mula kan dengan negara asean. Lepas tu baru pegi jauh2 sikit. Bila dah kahwin n ade anak, orang selalu tanya kenapa x bawak anak bini. Kadang2 aku travel solo dulu untuk tgk2 kawasan. Lepas tu baru bawak anak bini. Banyak negara yg kena repeat 2x. Tapi xpe. Aku suka. |
|
|
|
|
|
|
|
Ok ke chiangmai tu klu pegi solo...iols cuak sikit thailand ni... |
|
|
|
|
|
|
|
Iceland cantikknyaa auroraa |
|
|
|
|
|
|
| |
|