Rakyat Malaysia memang gemar menonton perlawanan bola sepak. Tak kiralah liga tempatan atau antarabangsa, memang berjuta peminatnya.
Bukan sahaja menonton, ramai yang gila bermain bola sepak. Di peringkat sekolah, sukan ini memang menjadi pilihan. Tapi yang tak syok bila ada pergaduhan semasa bermain.
Macam video yang tular baru-baru ini, anak-anak yang main tapi bapa pula yang sibuk bergaduh sesama sendiri.
Menurut sumber, pergaduhan berlaku ketika perlawanan bola sepak peringkat sekolah SMK Syed Alwi dan SMK Kuala Perlis.
Katanya, pergaduhan bermula bila bapa salah seorang pemain tersebut tidak berpuas hati dengan keputusan pengadil.
Ramai yang berasa bapa kepada murid tersebut tidak sepatutnya menunjukkan perangai yang tidak elok. Seharusnya dia menjadi teladan kepada generasi yang lebih muda.
Yang peliknya kenapa pula bapa-bapanya pula yang bergaduh? Walhal, pemain tenang beraksi.
Apapun ramai yang mengutuk perangai bapa yang besikap tidak profesional. Apa pun, hanya mereka yang di situ sahaja yang tahu cerita sebenar. -CARI |