Teringin nak makan Tak Keju atau Cheese Tart, tapi nampak macam remeh saja pembuatannya. Kulit pastri pula, jika tersalah gentel boleh jadi terlalu keras atau sangat rapuh.
Nak resepi mudah? Cuba resipi ini yang dikongsikan Azlina Ina. Resipi ini bukan sahaja mendapat ribuan komen, malahan dikongsikan semula kepada lebih 40 ribu pengguna Facebook!
Wow, menarik sangat ke resipi ini? Jom kita lihat.
Foto: Facebook Azlina Ina
Bahan-bahan Pastri:
1/2 cawan mentega atau majerin
2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil garam
1 biji telur
Cara-cara:
1. Gaulkan mentega, tepung gandum dan garam sehingga sebati.
2. Masukkan telur dan adunkan sebati.
3. Kemudian, tekankan atas permukaan kuali. Gunakan senduk bulat begini. Tekankan bahagian tepi menggunakan jari.
4. Ratakan bahagian tepi menggunakan garpu.
Bahan-bahan Cheese:
Bahan A
125g cream cheese
1/2 cawan susu segar atau whipping cream
3 biji kuning telur
1/2 cawan susu pekat
1sk esen vanilla
Bahan B
1 sudu besar tepung jagung
¼ cawan susu segar
Cara-cara:
1. Kisar bahan A.
2. Bancuhkan bahan B.
3. Kemudian, masukkan bahan B ke dalam bahan A dan kacau rata.
4. Tuangkan bancuhan tadi ke atas kulit pastri.
5. Tutup rapat permukaan tat, kecilkan api supaya kulit tidak hangus. Masak sehingga 30-35 minit.
6. Apabila filling mengeras dan kulit sedikit garing,menandakan tat sudah masak.
7. Boleh dimakan terus atau didiinginkan terlebih dahulu.
Wah, mudahnya nak buat cheese tart. Selepas ini, tiada lagi alasan perkakas tak mencukupi, tiada bahan dan sebagainya. Guna kuali pun boleh lah! - CARI
Kredit resipi: Facebook Azlina Ina |