Pengantin baru yang masih merah jarinya, Shila Amzah dan Hariz Idraki antara pasangan yang sentiasa dinanti perkembangan terkininya. Terbaru mereka kini berada di United Kingdom dengan Shila sentiasa menyanyi manakala suaminya tekun mendengar sambil makan.
Namun, paling menarik perhatian apabila Hariz kelihatan mesra malu-malu di hadapan kamera. Malahan Shila juga menulis kapsyen yang lucu mengenai panggilan abang-kakak membuatkan netizen turut terhibur.
Foto : IG Shahila Amzah
Ternyata ia mengundang komen-komen manis dari para netizen
Ramai yang menyukai kapsyen yang ditulis oleh Shila malah ada yang turut berkongsi pengalaman mereka dengan suami masing-masing
Ada juga netizen yang menjelaskan yang mungkin Hariz tidak biasa, jadi itu adalah panggilan spontannya.
Ada juga netizen yang berkongsi mengenai nama panggilan yang berbeza kerana suaminya bukan warga negara Malaysia.
Apa pun, nampaknya selain kontroversi, netizen turut terhibur jika artis pandai berlawak terutamanya jika ada part-part yang manis bergula antara suami isteri. - CARI
Foto : IG Shahila Amzah |