Zakaria Idris, seorang warga emas yang sudah menjangkau usia 104 tahun ada mesej buat mereka yang merancang untuk membuat undi rosak atau tidak mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanti.
Tahun 2018 merupakan tahun yang ke-14 dia sudah menunaikan tanggungjawab sebagai seorang pengundi.
"Hanya orang seperti saya (yang telah menjalani hidup semasa penjajahan Jepun) akan sepenuhnya menghargai kebebasan yang kita ada hari ini, untuk mengundi.
"Sakit bukan alasan (untuk tidak mengundi)," katanya kepada mStar Online.
Zakaria Idris, Foto: mStar Online
Zakaria yang telah mengundi sejak pilihan raya 1959 adalah pengundi bagi kerusi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Chetok.
Nasihatnya untuk pemilih muda,
"Jangan mudah tertipu dengan persepsi. Fikirkan yang terbaik tentang apa yang terbaik untuk negeri dan negara sebelum menanda kertas undi." -CARI |