“Tanggungjawab sebagai seorang ibu itu sangat besar dan luas,
jadi saya dan suami merancang untuk tidak menambah
bilangan ahli keluarga buat masa ini."
Pasti ramai peminat tertunggu-tunggu bila Mawar Rashid dan suami, Raf Yaakob, 33, akan menimang cahaya mata, bukan?
Foto: IG Mawar Rashid
Nampaknya, hasrat peminat terpaksa ditangguhkan dahulu memandangkan akres berkenaan masih belum bersedia untuk menambah ahli keluarga dalam masa terdekat, lapor mStar Online.
Masih dalam fasa bulan madu katanya. Mawar, 23, mahu memberi tumpuan kepada suami dan dua anak tirinya selain mengakui masih belum puas bermanja.
“Tambahan pula kami baru berkahwin jadi saya nak habiskan masa dengan suami terlebih dahulu.
“Namun kalau Allah berikan rezeki untuk memiliki cahaya mata lebih awal daripada apa yang kami rancang sudah tentu saya gembira dan bersyukur,” katanya.
Malah, pasangan yang disatukan pada 9 November tahun lalu itu masih belum sempat berbulan madu walaupun kerap ke luar negara atas urusan kerja.
“Jujurnya kami belum sempat lagi berbulan madu. Kalau ke luar negara pun kerana ikut suami atas urusan kerja.
“Tetapi, kami ambil peluang juga bersiar-siar dan menghabiskan masa bersama dan itu pun sebenarnya sudah memadai buat saya,” ujarnya.
Biarlah Mawar puas bermanja dulu dengan Raf. Jangan dipaksa kalau orang belum bersedia. Tak begitu? - CARI
|