View: 1792|Reply: 13
|
Remaja 15 Tahun Tikam Mati Wanita Untuk Rasa Nikmat Membunuh
[Copy link]
|
|
Taasub membunuh dalam satu permainan komputer telah mendorong seorang remaja menikam seorang pelajar perempuan sehingga mati.
Remaja berusia 15 tahun dilaporkan mahu merasai sendiri kepuasan membunuh dalam kehidupan sebenar.
Daily Mail menyatakan, Alexey Maximov menikam Daria Evdokimova, 21, sebanyak 12 kali selepas mangsa mengeluarkan wang dari ATM di Moscow.
Alexey Maximov, Foto: Daily Mail
Maximov menikam mangsa di mangsa di leher, mata, kepala dan dada dengan pisau sambil melakon semula babak dalam permainan komputer PlayerUnknown’s Battlegrounds yang menjadi kegemarannya.
Polis telah meyiarkan rakaman video yang menunjukkan detik terakhir mangsa ketika lelaki itu mengikutinya.
Foto: Daily Mail
Maximov berkata, “Saya tidak berniat membunuhnya, tetapi ada suara dalam diri saya yang mahu saya melakukannya.
“Saya sentiasa mahu merasai bagaimana membunuh seseorang.”
Selepas membunuh, dia melarikan diri dengan wang £350 (RM1,900) yang dicuri daripada mangsa.
Daria Evdokimova, Foto: Daily Mail
Dia berjaya dikesan polis melalui isyarat kamera pengawasan dan telefon bimbit di rumahnya.
Polis berkata, “Dia bermain permainan kegemarannya itu apabila ditahan polis. Dia tidak mengelak, malah terus mengaku melakukan pembunuhan itu." -CARI |
|
|
|
|
|
|
|
bahaya nye game ni..
psni rsela cmne dok kt penjare lak.. |
|
|
|
|
|
|
|
Muka ensemmmm.. Tapi.. Lahaiii |
|
|
|
|
|
|
|
Underage memang tak boleh bezakan right and wrong. Sebab tu jgn bagi budak2 main game ganas2 ni. Btw mangsa tu lawa. She’s at the wrong place at the wrong time |
|
|
|
|
|
|
|
Apo mcm2 kes dkt russia ni ye ..lps satu satu...dahsat obses sngt dgn game |
|
|
|
|
|
|
|
Bahaya bila dah terlalu taksub dengan sesuatu benda sian pada yang jadi mangsa keadaan |
|
|
|
|
|
|
|
Aku rasa pompuan cantik tak patut mati |
|
|
|
|
|
|
|
Mesti rs best kan harharhar..gila |
|
|
|
|
|
|
|
Psikonya kau dik. Lepas bunuh orang boleh sambung main game |
|
|
|
|
|
|
| |
|