Keletah anak kepada Farah Lee dan Ally Iskandar seringkali menghiburkan pengikut ibunya di laman instagram @farahlee_. Malah tidak keterlaluan jika dikatakan Maream mempunyai peminat sendiri kerana seringkali pengikut Farah Lee meminta video Maream yang terkini kerana rindu mendengar keletah Maream yang bijak berkata-kata.
Beberapa hari yang lepas, Farah Lee telah memuat naik satu video yang menunjukkan Maream terkejut apabila mendapat tahu bahawa ibunya yang mesra dengan panggilan omma dan 'daddy'nya pernah berkahwin.
"Waaa omma kahwin dengan daddy Maream?"
Aksi Maream tersebut mengundang gelak tawa netizen yang rata-rata turut terhibur.
Foto: IG Farah Lee
Macam-macam lah Maream ni kan. Habis, kalau mak ayah kamu tak kahwin macam mana nak dapat kamu, Maream? hihi
Foto : IG Farah Lee
Dalam pada itu, ramai juga yang memuji Farah dan Ally kerana boleh berbaik demi kepentingan anak mereka walaupun sudah berpisah.
Foto: IG Farah Lee
Foto : Carian Google
Farah Lee dan personaliti TV3, Ally Iskandar pernah mendirikan rumah tangga namun bercerai pada 17 Ogos 2016. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan pada 7 Ogos 2014 iaitu Maream Isabel.-CARI
|