|
Menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesan kewujudan sindiket perjudian yang cuba menjadi dalang pertaruhan keputusannya.
Bagaimanapun, masih belum ada sebarang tangkapan dibuat, lapor BH Online.
Sehubungan itu, PDRM menubuhkan satu pasukan khas bagi memantau kegiatan perjudian sepanjang tempoh pilihan raya ini supaya mereka tidak bertindak dengan lebih agresif.
"Setakat ini kita mengesan sindiket itu cuba mengatur pertaruhan keputusan pilihan raya di Johor, Selangor, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang," kata Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim.
Dalam masa sama, semua pihak dinasihatkan agar mematuhi undang-undang dan tidak menimbulkan sebarang masalah ketika PRU-14. - CARI |
|