"Kita akan kembali menggunakan sistem SST."
Demikian kata calon perdana menteri Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad di sidang media sebentar tadi bahawa kerajaan pimpinannya akan memansuhkan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dan menggantikannya dengan Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan (SST).
Foto: Reuters
Memetik mStar Online, GST diperkenalkan kerajaan Barisan Nasional pada April 2015.
"Ia bukan keputusan yang kebelakang, tetapi kita akan membatalkannya. Kita tidak memerlukannya (GST)," kata Mahathir.
Pemansuhan cukai berkenaan antara 10 perkara dimuatkan dalam manifesto parti itu yang dijanjikan akan dibuat dalam tempoh 100 hari pertama pentadbirannya. - CARI |