View: 3598|Reply: 3
|
Resipi Unik Lagi Istimewa, Pai Burger Keju Memikat Selera!
[Copy link]
|
|
Anda suka makan pai dan burger keju? Pernah terfikir untuk menikmati kedua-duanya dalam satu hidangan?
Kini anda tidak perlu berfantasi lagi kerana anda boleh menyediakan sendiri Pai Burger Keju yang lazat dengan resipi mudah di bawah!
Masa penyediaan: 45 minit
Apa yang diperlukan:
Foto: Twisted
•1kg daging kisar
•1 sudu teh garam
•1 sudu teh lada putih
•1 sudu teh serbuk bawang putih
•1 sudu teh serbuk bawang
•4 biji kentang besar, direbus separuh masak
•1 tin susu sejat
•3 cawan parutan keju
•1 sudu besar tepung jagung
•1 sudu teh garam
•1 sudu besar bijan
Foto:Twisted
Cara membuatnya:
1. Panaskan ketuhar pada suhu 180°C.
2. Campur dan gaul rata daging kisar, garam, lada putih, serbuk bawang putih dan serbuk bawang. Buat bentuk bola seperti saiz kacang walnut.
3. Potong kentang setebal ½ sentimeter dan susun di hujung dasar dan sudut bekas kaserol.
4. Letakkan bebola burger di atas kentang
5. Campurkan tepung jagung, parutan keju, susu sejat, kemudia panaskan dan kacau sehingga sebati.
6. Tuangkan sos tadi ke dalam bekas kaserol dan bakar selama 40 minit hingga 1 jam atau sehingga kentang masak.
7. Nikmati ia bersama sahabat handai atau kaum keluarga!
Sekali-sekala kita mencuba resipi barat di hujung minggu, tak salah kan? Selamat mencuba! - CARI
Kredit Resipi: Twited |
|
|
|
|
|
|
|
Nmpk mudah & sedap aihhh... |
|
|
|
|
|
|
| |
|