CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 20686|Reply: 228

[Tempatan] 50 beg tangan Birkin cuba dipindahkan

[Copy link]
Post time 12-5-2018 06:06 PM | Show all posts |Read mode

Cubaan pindah 50 beg tangan Birkin, laporan polis dibuat
Diterbitkan: Sabtu, 12 Mei 2018 10:38 AM

Oleh: SURYATI MOHD NOR
[email protected]
image:

  (Ubah saiz teks)
PETALING JAYA: Satu laporan polis dibuat mengenai pemindahan barangan berjenama peribadi didakwa milik isteri bekas perdana menteri.

Exco Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Ben Ali memberitahu, pihaknya menerima maklumat dan rakaman video menunjukkan bahawa lebih kurang 50 buah tas tangan jenama ‘Birkin’ sedang dipindahkan dari sebuah van milik Jabatan Perdana Menteri ke beberapa buah unit kondominium di Pavillion Residence KL.

Berdasarkan gambar laporan polis yang tular, setiap satu tas tangan tersebut dianggarkan bernilai RM200,000 ke atas.

"Setiap kotak tas tangan tertera label nama si pemberi kepada penerima (hadiah pemberian). Dipercayai penerima adalah isteri kepada bekas Perdana Menteri Malaysia, Datin Seri Rosmah Mansor.

"Oleh kerana Najib dan Rosmah terpalit dengan skandal penyelewengan wang secara besar-besaran, kami selaku Exco Pemuda PPBM Nasional ingin menggesa serbuan dilakukan ke unit kondominium di Pavilion Resident tersebut," ujar Ben dalam satu kenyataan di laman Facebooknya, selepas membuat laporan polis di IPD Dang Wangi.

Ben ketika dihubungi mStar Online, mengesahkan membuat laporan polis tersebut dibuat pada awal pagi Sabtu.




Ben bersama Bendahari Pemuda Bersatu, Rafiq Hakim Razali selepas membuat laporan polis. -foto FB Ben Ali

Menurut Ben, selain tas tangan yang mencurigakan, van yang membawa tas tangan tersebut menimbulkan kecurigaan apabial ia tertera Jabatan Perdana Menteri dan Jata Negara Malaysia.





"Jika benar van itu milik JPM, maka ini adalah salah guna kuasa, di mana Rosmah menggunakan aset milik kerajaan tanpa kebenaran dan untuk kegunaan peribadi.

"Pihak polis juga menasihatkan agar hal ini dilaporkan kepada Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) untuk tindakan susulan."


Baca lebih lanjut di  [url=http://www.mstar.com.my/berita/b ... 1qLktw6qcM1saGWL.99]http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2018/05/12/ben-ali-lapor/#1qLktw6qcM1saGWL.99[/url]

patut serahkan kt gomen kan? bkn amik milik sndiri


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-5-2018 06:08 PM | Show all posts
sapa2 duk Pavillion Residence KL., mgkin leh jenguk..

Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2018 06:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Saltwater croc birkin mmg.iols.aim.dr.dolu
Mahal.gila.tu..
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2018 06:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Pre love balik......tapi ada ker nak beli knowing from tangan dia?
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2018 06:14 PM | Show all posts
slavehunter replied at 12-5-2018 06:12 PM
Pre love balik......tapi ada ker nak beli knowing from tangan dia?

hello sis bukan acik ros beli semua jenis limited edition ka??harga sure melambong org bid

Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2018 06:23 PM From the mobile phone | Show all posts
noell replied at 12-5-2018 06:14 PM
hello sis bukan acik ros beli semua jenis limited edition ka??harga sure melambong org bid

Kalau sis taknak la beli sebab tangan yang dah menggunakannya adalah tangan suey. Hehehe.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-5-2018 06:24 PM | Show all posts
shernazz replied at 12-5-2018 06:08 PM
Saltwater croc birkin mmg.iols.aim.dr.dolu
Mahal.gila.tu..

belajar menabung dgn big mama sis
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2018 06:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada penunggu tiap bag tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-5-2018 06:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by tumpanglalu74 at 12-5-2018 07:29 PM

Bak sebijik..

Drama persis Imelda Marcos kah ini?
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2018 06:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah diiklankan di instagram

https://www.instagram.com/rosmah_preloved
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2018 06:43 PM From the mobile phone | Show all posts
slavehunter replied at 12-5-2018 06:12 PM
Pre love balik......tapi ada ker nak beli knowing from tangan dia?

Ntah2 setan iblis yang serve dia ikut skalik dalam beg tu. Eiii.
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2018 06:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Kak mah takmo ke jual preloved birkin kat gohjes telawi or bukak acc carousel?  
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2018 06:45 PM From the mobile phone | Show all posts
chazey replied at 12-5-2018 06:43 PM
Ntah2 setan iblis yang serve dia ikut skalik dalam beg tu. Eiii.

Ala2 genie in a bottle...tp ni jin in a birkin gtu
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2018 06:45 PM From the mobile phone | Show all posts
chazey replied at 12-5-2018 06:43 PM
Ntah2 setan iblis yang serve dia ikut skalik dalam beg tu. Eiii.

Kene la samak betul2 sis
Takut ada penunggu saka semah hinggap kat beg tu
Nanti tuan baru dpt histeria sebegitu
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2018 06:53 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2018 06:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Patutlah kak mar sukar menambah ketinggian

Beg2 birkin crocs tu berat noksssss...yg leather biasa pn dah berat...inikan pulak dari kulit boya darat
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-5-2018 06:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Katanya kat kotak beg2 tu ditulis pemberi n penerima.
Penerima kita taula kak semah tp pemberi nya sape
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2018 07:01 PM | Show all posts
Aku tak faham dengan orang perempuan. Perlukah ada begitu banyak beg?




Lariiiiiiiiiiii.......................

Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2018 07:01 PM From the mobile phone | Show all posts
melnanzz replied at 12-5-2018 06:41 PM
Dah diiklankan di instagram

https://www.instagram.com/rosmah_preloved

Kesian kak mah tak sempat nak pos dah kena report
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2018 07:05 PM From the mobile phone | Show all posts
boleh tangkap segera driver van jpm tu & soal siasat dia utk dapat lebih banyak info. pastu dakwa dia atas alasan bersubahat menyalah guna kenderaan awam utk urusan yg takde kena mengena dgn urusan rasmi kerajaan. ntah ntah driver tu macai yg dah menghilang dr ci sejak bn kalah. mungkin dia MIA dr CI sebab nak tolong big boss dia packing & sorok barang berharga miliknya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 05:41 PM GMT+8 , Processed in 0.762650 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list