View: 1651|Reply: 17
|
Ditetak Abang Ipar Kerana Curi Air
[Copy link]
|
|
Seorang lelaki ditahan selepas menetak adik iparnya di kediaman mangsa di sebuah kampung di kota Belud, pada Sabtu.
BH Online melaporkan, kejadian dipercayai berlaku selepas suspek menuduh keluarga mangsa mencuri air tangki rumahnya.
Menurut sumber, mangsa bagaimanapun menafikan dakwaan itu kerana mempunyai tangki air sendiri.
Dalam kejadian jam 5.20 petang itu, mangsa, 48, sedang menyapu di bawah rumahnya apabila suspek yang juga abang iparnya marah-marah sebelum mengejarnya menggunakan parang.
"Mangsa cuba melawan dengan kayu tetapi tangan dan pinggangnya cedera akibat terkena tetakan parang oleh suspek.
"Salah seorang penduduk yang melihat kejadian terus membawa mangsa dan isterinya masuk ke dalam kereta menuju ke balai polis dan Hospital Kota Belud," katanya.
Kejadian itu menyebabkan petani berkenaan menerima 10 jahitan di jari kiri dan lapan jahitan di pinggang sebelah kanan.
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sabah, Senior Asisten Komisioner Jauteh Dikun memaklumkan pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian.
"Suspek berusia 58 tahun direman bermula semalam (Ahad) dan siasatan masih diteruskan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mencederakan menggunakan senjata," katanya. - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa aku teka mesti di Sabah?
Siapa YB Kota Belud yang tak dapat sediakan kemudahan paip ni? Ohhhh Datuk Salleh Keruak yang dah kalah tu?
Warga KB harap bersabar dah dapat YB baru dari PH. Moga2 dapatlah paip air
|
|
|
|
|
|
|
|
Najib sibuk air di Selangor di SAbah dia buat buat tak nampak. Kan dah berparang! Naya sungguh.
|
|
|
|
|
|
|
|
krisis air di selangor lebih kritikal katanya.. |
|
|
|
|
|
|
|
shafie afdal dulu menteri di KKLW.. yang buat kontrak bekalan air luar bandar dan bekalan letrik luar bandar
|
|
|
|
|
|
|
|
leylapple replied at 15-5-2018 10:42 AM
shafie afdal dulu menteri di KKLW.. yang buat kontrak bekalan air luar bandar dan bekalan letrik l ...
....dan dilantik menjadi Ketua Menteri Sabah.......pening kapla den..... |
|
|
|
|
|
|
|
susah sgt ke nk dpt air kt sane smpai org amik air cm ilang batu permate plak.. |
|
|
|
|
|
|
|
cuba kalau bekalan air rumah u terputus 2 3 hari.. rasa2 dapat survive tak?
nak mandi, nak masak, nak berak kencing mcm mana?
|
|
|
|
|
|
|
|
2017 kan Kes rasuah besar besaran jabatan air sabah. Itu ke punca rakyat sabah x dapat bekalan air sempurna.. |
|
|
|
|
|
|
|
Sampai bertetak |
|
|
|
|
|
|
|
Kesiannya orang sabah.
Masa i kecik2 dulu, balik kampung mandi kat kolam.
My nenek tadah air hujanh dalam tempayan buat masak & minum.
Syok la mandi kolam... yang tak syok bila kena gilir2 tolong ambil air dari kolam bawa ke dapur untuk cuci pinggan mangkuk..
Mujur walau takde kemudahan air paip dulu tak sampai nak berbunuhan sebab curi air tangki orang..
Dah masing2 ada kolam, apa susahnya?
Ni kisah dulu la... awal tahun 80an dulu.
Pertengahan 80an dah ada air paip dah.. |
|
|
|
|
|
|
|
Baca tajuk je aku dah agak tak sabah, sarawak |
|
|
|
|
|
|
|
sarahmirza replied at 15-5-2018 11:37 AM
Kesiannya orang sabah.
Masa i kecik2 dulu, balik kampung mandi kat kolam.
My nenek tadah air hujan ...
Awal 80an dulu, msia belum maju sangat... zaman tu aku angkat air perigi kay nak basuh baju, pinggan, mandi... |
|
|
|
|
|
|
|
umbut replied at 15-5-2018 12:50 PM
Baca tajuk je aku dah agak tak sabah, sarawak
dan...mengapa berlaku di sabah atau sarawak??? |
|
|
|
|
|
|
|
Takde eletrik ok lagi, tapi kalau takde air ni rasa nak menangis. Semua aktiviti tergendala. Aku paham juga la kenapa dia sampai nak tetak. Harap2 sabah sarawak akan jadi lebih maju dalam keperluan asas ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Itulah....
pengalaman kita masa kecik2 awal 80an dulu...
|
|
|
|
|
|
|
|
Bila ada kemudahan air, ada juga yg curi air sbb tak nak bayar bil. Tak kira kampung atau bandar. Perasan sbb rumah diorang takde meter air. Air buat makan minum mandi sekeluarga jadi darah daging bertahun2. Bagi mereka takpe, tak haram. Makan babi tu baru haram. Asb tak boleh sebab melabur kat kaunter tak patuh syariah |
|
|
|
|
|
|
|
di sabah paling teruk bab air ni..apa cerita psl jabatan air yg ada kes hr tu ya?? senyap ja.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|