Lama menyepi isteri Azmi Hatta ini daripada industri hiburan. Maklumlah Faye Kusairi sedang berpantang setelah melahirkan cahaya mata pada April lalu. Lagi beruntung rupa-rupanya pasangan ini menyambut ulang tahun pertama pada tarikh yang sama dengan anak mereka.
Tidak aktif berlakon namun Faye tetap mengemaskini akaunnya untuk tatapan peminat yang masih mengingati dirinya. Biarpun dirinya sentiasa menjadi bahan umpatan dek terpalit kisah Kak Lina Pom Pom meminta nafkah anak daripada suaminya, Faye dilihat lebih senang mendiamkan diri. Sesekali dia memuat naik kata-kata hikmah secara umum.
Terbaru, Faye menulis mengenai hasad yang bermakna menentang ketentuan Allah SWT.
Faye seperti mengingatkan dirinya dan netizen mengenai erti syukur yang sebenar-benarnya. Secara berkias, Faye mengkritik orang yang merasa dirinya hebat kerana menindas orang lain. Tidaklah pula diketahui kepada siapa ditujukan ayat tersebut atau adakah ia sekadar umum kerana Ramadan bakal menjelma?
Ia dipersetujui dengan komen-komen yang dititipkan oleh netizen.
Terdahulu, Faye juga memuat naik status dirinya yang hanya berdiam diri walaupun dihina. Dia tidak mahu membalas provokasi tersebut lalu mengibaratkan dirinya seperti seekor singa yang teguh berdiri dan tidak perlu melayan karenah anjing-anjing.
Ternyata Faye bijak dengan berdiam diri serta tidak membalas provokasi. Jika tidak pasti perbalahan ini menjadi panjang hingga tiada penyudahnya. - CARI
kate nk diam..tp menyalak dlm socmed..kompius iolls..
dr ko post kt socmed tu..bek nasihat laki ko bayo nafkah..
xde la kak lina pom pom meroyan jaja cite psl laki ko..