“Apa peranan Anwar? Itu esok saya akan adakan mesyuarat Majlis Presiden PH.
Ia adalah majlis yang melantik kita (ketua parti) semua."
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam sidang media hari ini berkata, kedudukan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kerajaan akan dibincangkan dengan Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) esok, lapor Harian Metro.
Foto: Daily Beast
“Jika ada perubahan membabitkan Anwar, majlis itu akan tentukan," katanya.
Dalam masa sama, Dr Mahathir juga memberi komen berhubung isu pembebasan Anwar.
"Dahulu dikatakan saya yang masukkan dia dalam tahanan, sekarang saya bebaskan dialah," katanya.
Foto: Astro AWANI
Sementara itu, bercerita mengenai ahli parti pembangkang, Perdana Menteri berkata, ini jawapannya:
“Kita nampak ramai orang parti lawan yang kalah ini ingin masuk PH, tapi kita dapati rakyat tidak boleh terima orang dari UMNO atau lain.
“Walaupun dah keluar parti dan nyatakan sokongan kepada kerajaan, mereka tidak akan jadi ahli PH, sebab ini akan akan dipandang rakyat, kita tidak mahu kerajaan baharu seperti kerajaan lama,” jelasnya. - CARI |