Sosok tubuh badan Tun Dr. Mahathir yang kelihatan tegap dan bertenaga di usia 93 tahun menjadi bualan netizen. Tun M yang dilihat masih kuat dan mampu untuk mentadbir negara dicemburui oleh kebanyakan netizen.
Oleh itu, setiap inci kehidupan dan amalan pemakanan Tun telah menjadi tarikan buat netizen yang cuba mencari rahsia kesihatan mental dan fizikal Tun. Tidak hairanlah melalui sekeping gambar yang di muat naik oleh Tun ketika berada di meja makan, netizen dapat melihat dan mengesan supplemen yang di amalkan oleh Tun.
Seorang pengguna twitter menaikkan status tentang jenama supplemen yang Tun M amalkan kerana ramai netizen yang ingin tahu tentangnya.
Netizen sangat peka dengan amalan pemakanan Tun M dan isteri. Semua benda mereka ambil tahu kerana teruja dengan kesihatan dan kebijaksanaan Tun.
Inilah suplemen yang dikatakan diamalkan oleh Tun M. Betul ke? Macam dah sama seperti gambar di atas.
Memang ramai netizen yang berminat dengan supplemen tersebut dan pasti ramai yang ingin mengamalkan seperti mana Tun M.
Sebagaimana tular sebelum ini tentang pengambilan supplemen, ada netizen yang menasihati agar mengamalkan pemakanan yang seimbang dan melakukan senaman. Netizen tidak boleh mengharapkan supplemen semata-mata untuk kekal sihat dan bertenaga.
Menariknya, Dr.Rafidah iaitu seorang doktor pakar merawat penyakit buah pinggang turut memberi respon apabila ada netizen yang bertanyakan tentang pengambilan supplemen seperti Tun M. Ternyata, doktor itu tidak bersetuju netizen perlu mengamalkan supplemen untuk mempunyai minda yang tajam dan kesihatan yang baik seperti Tun M.
Apa-apa pun, untuk kekal sihat dan mempunyai minda yang cerdas bukan pada supplemen semata-mata tetapi perlu juga jaga pemakanan dan sentiasa melakukan senaman. Selain itu, rajin membaca dan menuntut ilmu, barulah bijak seperti Tun M. Betul tak? - CARI |