Rupa-rupanya bukan sambung siasatan tapi 60 hingga 70 CCID yang bertugas menggeledah di 3 unit kondominium mewah (unit dua tingkat pun disebut tapi tak nyatakan semua ketiga-tiga ke satu ke dua ke) di Pavilion Residences sejak pukul 10 malam semalam telah berkurung buat kerja tanpa henti, terpaksa hantar makanan sahur/ berbuka masuk, terawikh? entahlah wartawan tak cakap, penggeledahan telah melangkau 24 jam.
Hasilnya, pada sekitar 2am, 5 lori black maria hadir untuk mengangkut keluar semua barang siasatan. Selepas pintu belakang lori terakhir ditutup, Amar Singh suruh wartawan senyap sekejap dan dia bercakap:
1) 284 kotak mengandungi handbags jenama mewah pelbagai jenama. Sebab banyak sangat jenama, polis minta wartawan ajukan jenama nanti dia akan kata ada tidak. Birkin? ada. Hermes? ada. Susahnaksebut? Err.. saya tak pernah pakai handbag jadi saya tak tahu pasal handbags.
2) 72 luggage/ carrier bags pelbagai saiz mengandungi pelbagai jenis wang dengan pelbagai denominasi, emas. Jewelleries? ada amount rather big, jam tangan, dokumen sebagainya.
Unit kediaman mewah ini dimiliki Tan Sri, dan Tan Sri ini memang ada kaitan dengan 1MDB. Ini adalah siasatan dibawah akta penggubahan wang haram (AMLA). Ini bukan serbuan, tapi pemeriksaan.
PS:- Tak ingat pula polis ada sebut jongkong emas atau tak. Nanti ketua polis akan buat PC, beritahu details.
- Tiada nama najib atau rosmah disebut.
- AMLA adalah akta power yang ditakuti para jerung, mengatasi akta rasuah, sebab boleh bekukan harta tanpa perlu cari saksi.
- Unit 2 tingkat kat situ hanya ada duplex penhouses, minimum 5743 sft, kalau takde RM6 juta tak mampu nak beli ni, sewa pun RM20K sebulan.
Eh dah ada video, nak play bawah ni.
Macai Be End cakap esk lusa la x pun lepas raya baru buat.. this is Ramadhan, too much nak handle katenyer. Kasi Jibbon and Big Mama sorok smua dlu kekdahnyer.
Wartawan memula cakap maybe mesin tu tak digunakan sebab duit banyak sangat. hahah. Tapi polis mengaku ada buat kiraan kot.. yelah kalau logik akal, kalau tak kira kang nanti ada pulak polis sendiri yang songlap tengah jalan.
btol gak kan. tadi memula baca kat twitter, reporter nampak ada mesin kira wang dibawa keluar... nak tuduh najib dan rosmah buat rumah mcm bank lettew. tp lama2 pikir, pdrm punya kot... sbb katanya berjam2 gak dlm unit tu dan jumpa wang tunai berkepuk2 summore. mestilah dikira dulu kan sebelum angkut pi balai.
72 bagasi mengandungi pelbagai matawang, jongkong emas, jam tangan jenama ...
Birkin tu line super mahal, kena deal dengan store kalau nak tengok birkin, maybe ada hermes lain jugak. Ke semua handbags hermes dia borong birkin semua?
Kawan semua dah lari, terpaksa urus sendiri. Kalau pakai khidmat entah sape2 kang tak pasal dia pulak yang kena songlap. Kalau dia kena songlap, takkan dia nak buat police report.